Norman Hakim perjelas kes khalwat

http://www.utusan.com.my/

 

 

Norman Hakim keluar dari Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, Selangor, selepas memberi keterangan berhubung kes khalwat, semalam.



KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Norman Hakim yang ditangkap berkhalwat dengan seorang pelakon baru di sebuah premis perniagaan di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana dekat sini awal pagi tadi mendakwa kejadian itu berlaku secara kebetulan.

Menurut Norman, 30, ketika diserbu oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dia dan pelakon itu masing-masing berada di tingkat yang berlainan di premis berkenaan.

“Selepas taklimat di pejabat itu, saya menghantar Ketua Pegawai Operasi syarikat pulang. Pada masa itu tanpa saya ketahui, pembantu saya, Natalie turut pulang.

“Sekembalinya ke pejabat selepas itu, saya terus ke tingkat atas manakala dia (pelakon wanita itu) pula berada di tingkat bawah. Tiba-tiba, kami diserbu dan ditahan,” kata Norman kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mereka yang dipercayai berkhalwat, ditangkap dalam operasi melibatkan lima pegawai JAIS dan dua pegawai polis.

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Melawati untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Supritendan Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam tentang pasangan itu yang meragukan.

”Ketika diperiksa, didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu,” katanya.

Pengarah JAIS, Datuk Muhamed Khusrin Munawi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penahanan kedua-dua artis tersebut awal pagi ini.

Norman berkata, dia sudah memberi keterangan di Pejabat Agama Islam Gombak Timur di Keramat, Hulu Kelang, Selangor beberapa jam selepas ditahan.

Norman meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi kononnya dia dan pelakon wanita berusia 20 tahun itu, mempunyai hubungan intim.

Dia bimbang perasaan isterinya yang juga pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi akan terguris.

Norman yang baru saja menimang cahaya mata ketiga, Maria Danisha Hakim yang berusia 40 hari bagaimanapun berkata, dia sudah menjelaskan keadaan sebenar kepada isterinya.

Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat.

Pasangan itu mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Danish Hakim, 5, dan Marisa Dania Hakim, 3.

Sementara itu, Abby Abadi ketika dihubungi berkata, dia tidak terkejut dengan penahanan suaminya itu.

”Saya tak terkejut. Saya menyerahkan kepada takdir bagi menentukan segala-galanya,” katanya yang hanya mengetahui penahanan suaminya daripada pihak media.

19 responses to “Norman Hakim perjelas kes khalwat

  1. mcm mcm…dengar khabar dah lama tak kelik rumah.

    harap insaflah !

  2. APA NIE KESIAN KT ABBY….FIKIRLAH NORMAN OIII

  3. sabar byk2 la abby…xlama diorang tu…klu cmni la perangai diorang.si norman tu tengok la mata ank2 tu…lebih2 lg yg baru lahir tu…sian dia xtahu apa2.

  4. …sian kat wife dia n anak2..

  5. hopefully, semuanye dpt di selesai ngan care baik

  6. huhuh..ciannye kt abby dh la lpas bsalin..norman..insafla..cian anak2 n bini kt umah tu

  7. sian dgn anak n isteri dia..mungkin ade hikmah di sebalik apa yang berlaku..harap abby n family dapat mengaharunginya dengan tabah…

  8. biasa la gelaran seorang artis dan pelakon sekarang ni.semua boleh jadi belaka.tak kira halal haram.kasihan kat abby tiba2 jadi mcm ni.abby seorang ibu yang cekal walaupun selama ini mcm2 yang beliau dgr tapi berkat doa abby Tuhan dah tunjuk kebenaran apa yang berlaku.kurangnya ilmu inilah akibatnya yang menimpa.ada harta pun tak semestinya bahagia.yang pnting makna perkahwinan tu yang patut di pupuk.bukan kerana nafsu tapi kerana tuntutan agama.

  9. sian kat Abby, ingatkan dah serik dengan kisah dulu tapi buat hal lagi.Ingatlah sikit Norman oi!!!!.Dunia artis semuanya hipokrit…..

  10. sian kat Abby, sabar la byk2 mungkin ade hikmah di sebaliknya…………

  11. norman keji……..

  12. sbr yer kak aby .
    mungkin ada rahmad d seblk kejadian.
    sbr jer ye.

  13. nanti dulu kita tunggu mahkamah putus lagu mana..

    hang pa dok kutuk jgn melalut sgt. tau lg sapa salah ni.

    cuma norman kena terima kalu abby dah tak nak dok lg dgn dia.

    andaian diperangkap pun kene pikiaq jugak.

  14. Si Memey perempuan gatal tu, perempuan kenjar, perempuan yang tergaru-garu, terhegeh-hegeh, terlondeh-londeh, kau dah cakap hari tu kat utusan malaysia bahwa kau tidak tergamak dan tidak akan terlibat dengan suami orang, dengan rumahtangga orang, karang pa dah jagi, mulut gatal ko lain cakap, yang menggatal & tergatal dah terjadi, karang macam2 alasan ko cakap, gatal. Ko tau pompuan mcm ko serupa mcm sundal tau. Aku doakan kau tak jumpa laki yng baik, pompuan mcm kau padan dgn laki2 yang tidak baik. Pompuan mcm kau aku gerenti laki ganti laki, last2 jadi pompuan jalanan. Pompuan mcm kau tidak akan dpt keampunan seumur hidup kalau org yng kau aniaya tidak bri keampunan kepada ko. Gatal…gatal…gatal..gi lah gosok dengan daun keladi.

  15. kita xbleh nak tuduh sape2 lagi..ntah2 mereka kena aniaya ke??sape tau..i think norman tak salah,,sbgai wife,abby kne slidik dlu,tak bleh wat tuduhan melulu..berdosa besar..i harap norman banyak2 la bersabar..ini mungkin 1 ujian untuk you..i takut ini smue 1 erangkap nak jahanamkan rumah tangga korang..

  16. fara wrote @ November 8, 2008 at 1:24 am

    kita xbleh nak tuduh sape2 lagi..ntah2 mereka kena aniaya ke??sape tau..i think norman tak salah,,sbgai wife,abby kne slidik dlu,tak bleh wat tuduhan melulu..berdosa besar..i harap norman banyak2 la bersabar..ini mungkin 1 ujian untuk you..i takut ini smue 1 erangkap nak jahanamkan rumah tangga korang..

    isk apa punya statement da…dah lah berbulan2 x balik rumah, walhal rumah tu dekat jer dengan pejabat si norman ni, akbar perdana kata waktu kena tangkap tu norman pakai boxer n tshirt lagi ada tuala di lembab bawah toto.. masa store di buka norman terjatuh tu statement dari JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR xkan dah tahap macam ni pu perangkap nak jatuhkan Norman kot..
    Herannya si mimi ni dah x da rumah ker sampai berulan bersekedudukan lama mana Norman x balik lama juga tu lah si mimi ni dok kat pejabat norman…nampak sangat sengkeknya norman, xkanlah x mampu nak sewakan rumah bakal bini muda awak tu sanggup si mimi ni tahan dok pejabat Norman sampai siap menyamar lagi pakai tudung. kalau aku dapat jantan macam nibye..bye ar nak sewakan umah pun x mampu camne nak tanggung sok dah jadi laki kan…?
    and one more kalau sorang kat atas sorang kat bawah n mimi kata nak siapkan kerja kenapa masa JAIS attack lampu semer dah gelap… norman pun kalau nak menipu agak2lah…

  17. ei..sakitnya hati baca statement norman kat metro hari ni… macam dia nak dua2 plak.. tapi makin banyak si norman cakap makin banyak yang bercanggah, ada sesapa tgk galaksi tak malam jumaat hari tu kat TV9, banyak yang bercanggah dengan apa yang Norman cakap dengan JAIS cakap, yang paling bangang sekali bila norman cakap memey kat tingkat satu siap kan kerja2 pejabat walhal masa kena tangkap pejabat dah gelap toto dah terbentang ada tuala lembab, norman plak pakai boxer n tshirt putih masa kat dalam store tempat dia nyorok tu.. pelikkan tapi..baik..punya belit ar mamat ni.. yang pasti peminat2 sekarang bukan bodoh terima bulat apa artis cakap..semayang istiharah konon.. tapi besekedudukan dengan pompuan lain sampai terabai anak bini..isk pelik ar dunia artis ni… lagi pelik bila bapa memey kata dia restu anak dia ngan norman.. macam bapak dia dah tau plak yang memey ni memang dok ngan norman.. x ada ayat minta maaf plak untuk abby bapak memey ni asyik cakap dah jodoh dia terima. Dia kenal anak dia, dugaan jadi artis memang banyak…tapi kenapa x dijaga n dipantau anak dara yang merenyam ni, kalau bapak aku siap datang umah sewa aku dulu masa aku dok bujang bukan inform pun, dulu2 mana ada hp..tau2 dah depan umah nak cek aku dok ngan sapa n apa xtiviti aku.. xkan bapak dia ni lansung x ambik tau after dia kuar dari umah mak sedara dia si DARLING NGASRI tu, waktu tu dah da soseh2 pasal si memey ni, opsss lupa bapak dia ni orang felda orang kampung kelentung skit pecaya ar orang tua tu…sian bapak si memey ni.. takut2 kena pulau dek orang felda.. jangan ar cakap masyarakat kampung banyak menyokong.. setahu aku orang kampung ni lagi sensitif tentang hal maruah ni…nak nak lagi bab meruntuhkan masjid orang… aku harap bapak dia ni sedar skit apa yang dia nak jawap dengan wartawan.. jangan asyik cakap restu jer..pikir hati ABBY dan ANAK ANAKnya yang perlukan kasih sayang…si memey masih muda jalan masih jauh bertaubatlah dengan keterlanjuran ni.. untuk Norman ingat pengorbanan ABBY tuhan dah bayar CASH lagi kat dunia bila menipu dem menipu..for ABBY tabah dan cekal demi anak2.

  18. norman, tak perlu lah ko nak menunjukkan kebaikan kau tu, dah terbukti ko dah buat salah tapi ko tetap menafikan. betapa untung nya ko dapat isteri yang prihatin, seorg ibu yang penyayang dan dikurniakan 3 org anak.. perempuan seorang tu, dah ko baru kenal, ko terus rapat, sedar lah sikit sekarang ni awak tue suami orang buknnya bujang lg… tak tahu erti kesyukuran langsung lah engkau nie.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s