Papan tanda jalan mesti guna bahasa kebangsaan

http://www.utusan.com.my/ 

 

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Papan tanda jalan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan dan ditulis dalam tulisan rumi, kata Timbalan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kamarul Zaman Shaharudin.

Menurut beliau, berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.

”Dalam konteks papan tanda jalan, DBP berpendirian bahawa apa-apa yang berkaitan dengannya adalah di bawah maksud rasmi, oleh itu ia hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang yang meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk memasang papan tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan tapak warisan di Georgetown.

Menurut Kamarul Zaman, berdasarkan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi kecuali bagi perkara yang tertakluk kepada perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan.

Beliau memberitahu, bagi dokumen rasmi termasuk risalah promosi pelancongan yang dikeluarkan oleh kerajaan, ia juga hendaklah menggunakan bahasa Melayu.

Begitupun jelas beliau, ia boleh diterjemah dalam bahasa lain bagi maksud yang difikirkan perlu untuk kepentingan awam seperti yang dibenarkan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

”Penggunaan bahasa kebangsaan akan menyerlahkan identiti dan jati diri dalam mengekalkan warisan budaya kebangsaan serta mempromosikan bahasa kebangsaan kepada pelancong asing,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak menyokong DBP dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dan merujuk DBP dalam hal berkaitan bahasa kebangsaan selaras dengan tujuan penubuhan DBP di bawah Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Akta 213).

One response to “Papan tanda jalan mesti guna bahasa kebangsaan

  1. Tak boleh nak cakap apa lagi dah. Mereka ni sibuk sangat nak meraih sokongan bukan Melayu. Nak jadikan Malaysian Malaysia kononnya. Tapi kalau nak jadi Malaysian Malaysia, takkan bahasa Malaysia pun tak paham nak baca? Bukan rakyat Malaysia namanya tu. Kalau bantai letak bahasa lain, bukan semua orang paham pun, bahasa Malaysia semua orang tahu. Kenapa nak menyusahkan diri? Nak jadi hero? Popular? Ketandusan idea untuk berpolitik? Tak tahu benda lain yang lagi produktif yang boleh dibuat untuk menarik sokongan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s