PM: Harga sebenar RM1.607b

http://www.utusan.com.my/

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjelaskan kesilapan mengenai harga helikopter yang beliau umumkan semalam.

Perdana Menteri berkata, harga sebenar helikopter ialah RM 1.607 bilion dan bukannya RM1.7 bilion seperti yang beliau umumkan semalam.

”Harga semalam yang saya keluarkan melalui satu kenyataan ialah RM1.7 bilion, itu adalah satu kesilapan dan saya minta maaf atas kesilapan itu. Sebenarnya angka itu ialah RM1.67 bilion maka saya kata kita bulatkan angkanya kepada RM1.7 bilion.

”Pagi ini ketika saya di Kementerian Pertahanan saya diberitahu angka itu adalah salah sebenarnya ia adalah RM1.607 bilion. Ini adalah isu akademik sebenarnya,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Daya Saing Industri Sawit di Parlimen di sini hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan akan membincangkan pembelian helikopter berkenaan apabila berasa masanya sesuai dan mempunyai kewangan yang cukup untuk berbuat demikian.

”Agak teknikal dan akademik untuk berbincang mengenai harga pada masa ini terutamanya apabila keputusan sudah dibuat bagi menangguh pembelian helikopter berkenaan.

”Saya tidak akan tahu berapakah harga helikopter selepas penangguhan memakan tempoh masa tertentu,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s