Kieran sertai Hot FM

http://www.utusan.com.my/

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Maskiran Jakiran, 33, atau lebih dikenali sebagai Kieran yang sebelum ini merupakan penyampai radio ERA kini sah menyertai radio Hot FM berkuat kuasa esok.

Kieran yang menamatkan kontrak perkhidmatan di ERA hari ini bagaimanapun akan memulakan tugas sebagai penyampai radio di Hot FM, Isnin depan.

Ia sekali gus melenyapkan segala spekulasi berhubung kerjaya Kieran yang turut dikatakan bakal berkecimpung ke arena penyiaran selepas meninggalkan ERA.

Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, dengan kemasukan Kieran, pihaknya berharap Hot FM akan bertambah mantap untuk mengejar kedudukan radio nombor satu Malaysia.

Kieran mula berkhidmat di radio ERA pada 1999 sebagai krew Skuad Perodua Era.

Sementara itu, Kieran memberitahu, dia sangat bersyukur dan terharu kerana diterima sebagai ahli keluarga baru Hot FM.

6 responses to “Kieran sertai Hot FM

  1. tak sabar rasenya nak tgk kieran esk

  2. nyway,,,

    x patot sgt la kieran kuar then join hot fm ..

    semata2 untuk ape?
    gaji llebih?
    pikir la dlu…era dah bnyak bantu menaikkan nama beliau..

    ni kan zaman era da slow down…
    bantu la nak seleasaikan masalah yang belaku dlm era tu dulu….

    ni tambah masalah lagi.dan jatuhkan nama baik era..

    then hot fm, tu jgn la komen lebih…nak kasi nombor satu la….

    cukup sekadar jga diri sendiri…

    kieran selamat bertugas dan gud luck dimasa depan

  3. penulis_cyber

    peliknya ramai keluar era. zizie slps tu kieran.

    mcm ada something lah kat sana skrg.

    oooo sbb rmai dejay terasa hati ke dgn kehadiran dejay spt aznil dll ?

    atau ini zaman kemuncak hotfm yg lebih kelakar dan gila2

  4. x da papepon kot dkt era…

    linda onn okjep..
    siap jd busineeswoman lagi..

    at least yang dj lain tu,,hormatilah sket ngan rado era nie…

    da bnyak tolong kembangkan bakat diorang semua..

    hot fm pon knpe x ambik dj radio lain..
    dgr kaba dari 2005 lagi da nak tarik kieran pgy stesen mereka…

    ish…
    patotnya sama bantu meningkatkan industri penyiaran…

    ni pulak…..lufikirlah sendiri…

  5. Kepade Nayan, Pernah terfikir ape yg era buat pada dj2 yang berjase mcm Halim, Khairil, dan sebagai nye?

  6. memang btl pun…era tu x menghargai dj dia sendri…bila era dah popular memuncak naik dengan dj2 nya era tukarkan dj2 nya ke stesen radio lain yang suam2 kuku.contohnya nama2 besar seperti najman,subi,jamal jamaludin,halim othman,linda onn dan juga khairil rashid semua d tukarkan ke sinar.kat era tingal lah dj2 yang di ambil dri program realiti…..patot kerrrr….salah satu nama besar era adalah david law yang hilang kenama entah.tu pun nama besar yang menaikan rating era,tapi era x hargai semua mereka tu,main tukar2 kan je ke radio yang x popular masa dulu iatu sinar fm….memang patot pon hot fm ambik semua dj2 era tu sebab hotfm memang menghargai semua dj2 dia…contohnya fara dan faizal yang banyak menaikkan rating hot fm….sekarang linda onn pun dah g kat suria fm bersama dengan zz dan halim othman….so apa lagi era nak tunggu…tutup je stasion radio tu,,,,menyampah dengar aznil celoteh pagi2 yang x da banyak informasi…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s