Ketuanan Melayu gagal, kata Zaid

MALAYSIAKINI

Oct 31, 08 5:05pm

Model Ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa, kata bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zahid Ibrahim.

Berucap di persidangan LawAsia 2008 di ibunegara hari ini, bekas ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, ia juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara.

https://i1.wp.com/www.jeffooi.com/Zaid_Ibrahim.jpgZaid turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum walaupun beliau ahli parti pemeritah – Umno – parti terbesar orang Melayu.

Beliau turut menyentuh cadangan naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang perlunya diadakan forum tertutup antara pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk mencapai pendirian bersama dan memperbaharui kesepakatan berasaskan kepada kontrak sosial.

“Ini merupakan satu langkah positif tetapi ia harus merangkumi semua pemimpin politik dan berpremiskan kontrak sosial  yang menjadi asas kemerdekaan,” kata beliau yang sebelum ini menyertai kabinet selepas pilihanraya umum 8 Mac, dengan tugas untuk membawa pembaharuan dalam bidang kehakiman.

Beliau bagaimanapun meletak jawatan bulan lalu sebagai membantah penahanan tiga individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan penahanan tanpa bicara.

Zaid turut menekankan pentingnya ditingkatkan perbincangan dan dialog supaya rakyat dapat bersuara dan mendengar antara satu sama lain.

Beliau juga turut menegaskan perlunya diwujudkan semula komunikasi dan rasa percaya-mempercayai antara rakyat negara ini. Ucapan penuh

7 responses to “Ketuanan Melayu gagal, kata Zaid

  1. penulis_cyber

    UMNO Cheras minta Zaid Ibrahim letak jawatan.

    KUALA LUMPUR 11 Ogos – UMNO Cheras mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan ekoran sikap berdiam dirinya berhubung tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum yang membangkitkan kemarahan Ketuanya, Datuk Syed Ali

    Penganjuran Majlis Peguam mengadakan forum :memeluk Islam, mendapat bantahan meluas seluruh negara.

    Di mana fikiran Zaid….!! Memang tepat kalau dikatakan MUSANG BULU AYAM dalam UMNO dan BN.

    Sebenarnya peluang Zaid untuk bertanding bagi mendapatkan semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu semakin tipis.

    Selepas kesemua cawangan selesai bermesyuarat, Zaid hanya memperoleh 16 pencalonan, manakala saingannya, Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh sebanyak 87 pencalonan.

    Zaid Ibrahim letak jawatan bukan kerana berbalah tentang ISA. Sebab utama ialah kerana Zaid Ibrahim kalah bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu kepada Datuk Fatmi. Mana nak letak muka seorang menteri kalah dan tidak cukup pencalonan untuk lawan Ketua Bahagian.

    Demi menjaga maruah, Zaid kena tunggu masa sesuai untuk letak jawatan dalam cara yang nampak bermaruah dan glamour. ISA dijadikan alasan Zaid. Bila Zaid buat begitu, orang akan anggap Zaid sebagai hero.

    Kalangan peguam akan sanjung Zaid sebagai seorang yang berani dan berpendirian. Zaid kalau terus jadi menteri pun, dia tak yakin sama ada akan kekal atau tidak di zaman Najib. Sudah tentu melawan Datuk Fatmi yang merupakan bekas SU Politik Najib seolah melawan Najib di Kota Bharu.

    Lebih baik berhenti dari digugurkan.

  2. Betul ke orang kata ni ?

    Tidak sampai sebulan dilantik menjadi menteri, Zaid dilaporkan telah mengarah Jabatan Peguam Negara untuk mengubal undang-undang untuk membolehkan orang-orang Islam murtad.

    Penjelmaan Zaid dalam kabinet bukan melalui restu rakyat. Rakyat telahpun menolak Zaid. Ahli-ahli UMNO pun tidak lagi mahu menerima Zaid.

    Zaid adalah di antara segelintir nama orang Melayu Islam yang agak sinonim sebagai pendokong IFC dan Article 11 serta mempersoalkan keperluan wujudnya Fasal 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

    Zaid antara panel yang mempertikaikan kewujudan Artikel 121 (1A)

    Di kalangan frateniti perundangan, mereka amat kenal dan faham siapa Zaid, personalitinya, kehidupan sosialnya, pesta arak yang mencurah-curah di pejabat guamannya, dan banyak lagi.

    Syarikat guaman Zaid dikatakan yang terbesar di Malaysia, tetapi cuba lihat senarai peguamnya. Berapa keratkah anak-ank bangsa Melayu yang diambilnya.

    mama jumpa tang sini ceghita tu

    http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/04/16/zaid-ibrahim-sudah-mula-memainkan-peranannya/)

    kepala mama pening ceghita tak tahu betul ke tak banyak dlm intenet ni.

  3. Zaid ni tak boleh, tiada pendirian malah kenyataannya pun sering bercanggah.

  4. Betul tu, dia banyak cakap sebab dah takda harapan. Kena cari modal untuk menarik diri. Takda lah malu sangat kalau kalah nanti. Semua pun tengah nak jadi hero sekarang dan taknak jadi sesuatu yang gagal.

  5. penulis_cyber

    mujurlah ‘umur’ dia tak panjang dlm kabinet …

  6. zaid memang ada hati nak masuk pakatan rakyat !

  7. Pok Nik Klate

    Hanya nak pastikan bahawa Zaid benar2 bebas dari pengaruh alkohol semasa membuat kenyataan. Kan semua sedia maklum tabiat dan perangai Zaid ni..Buat malu ore klate sajo.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s