PM serah jawatan lepas perhimpunan

http://www.utusan.com.my/

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menyerahkan tugas-tugas Perdana Menteri kepada penggantinya beberapa hari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO yang ditetapkan pada 24 hingga 28 Mac depan.

https://i2.wp.com/www.malaysialeader.com/images/photo/abdullah-haji-ahmad-badawi.jpg

Menurut Perdana Menteri, beliau memerlukan sedikit masa selepas perhimpunan tersebut untuk menyelesaikan beberapa perkara yang perlu sebelum menyerahkan jawatannya itu.

“Berilah beberapa hari selepas perhimpunan, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan nanti,” katanya yang juga Presiden UMNO selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Mengikut trend pencalonan semasa, Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi calon tunggal bertanding jawatan Presiden yang dilepaskan oleh Abdullah selaras dengan pelan peralihan kuasa UMNO.

Najib setakat ini memperoleh 104 pencalonan dengan 87 lagi UMNO bahagian akan bersidang sehingga tarikh akhir 9 November ini.

Mengulas lanjut mengenai tarikh Perhimpunan Agung UMNO itu, Abdullah berkata, MT telah memutuskan bahawa ia akan tetap berlangsung pada Mac depan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

“Cadangan untuk menangguhkan mesyuarat tahun ini kepada tahun hadapan adalah satu cadangan lama,” katanya.

Berikutan keputusan itu, katanya, UMNO bahagian yang telah bermesyuarat diminta menghantar laporan kepada ibu pejabat parti sebelum perhimpunan agung bermula.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, mesyuarat MT hari ini tidak membincangkan cadangan debat seperti yang dikemukakan oleh calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

“Soal debat tidak dibincangkan langsung,” katanya.

Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO mencadangkan agar debat diadakan antara semua calon yang bertanding merebut jawatan ketua pergerakan itu.

Cadangan beliau itu mendapat reaksi yang berbeza di kalangan pemimpin UMNO dan calon-calon yang bertanding.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s