Najib menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO

http://www.utusan.com.my/

02/11/2008 6:44pm

https://i1.wp.com/www.sawf.org/newsphotos/2/Najib_Razak_200704031917169060_afp.jpg

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan kedudukannya untuk menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO selepas menerima 134 pencalonan sehingga pukul 6 petang ini.

Jumlah pencalonan itu menutup peluang calon lain untuk melepasi kuota kelayakan 58 pencalonan sekiranya mahu menentang Najib pada pemilihan Mac depan.

Bahagian yang mencalonkan beliau hari ini ialah Teluk Kemang, Tawau, Kota Raja, Jerantut, Segamat, Ayer Hitam, Kulim/Bandar Baharu, Batu Kawan, Tampin, Sekijang, Tanjung Malim, Kapar, Kuala Pilah, Indera Mahkota, Balik Pulau, Pandan dan Klang.

Seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang setakat ini memperoleh satu pencalonan daripada bahagiannya sendiri, semalam. – Utusan

2 responses to “Najib menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO

  1. Tamatlah riwayat cerita Ku Li. Dengan umur dia sekarang, peluang dia untuk terus naik dalam politik nampaknya berakhir. Tu sebab dulu dia sibuk suruh orang turun sebab masa dia dah suntuk sangat.

  2. penulis_cyber

    Ku Li kena ubah nama jadi Ku Wan ?

    semua dah ditakdirkan…terima sahajalah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s