Sabah mahu kerusi Naib Presiden UMNO

http://www.utusan.com.my/

02/11/2008 3:19pm

KUALA LUMPUR 2 Nov. — Satu daripada tiga kerusi Naib Presiden parti perlu diberikan kepada pemimpin UMNO Sabah sebagai menghargai peranan parti itu dalam pilihan raya umum lepas, kata calon Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan itu berkata, pengorbanan rakyat Sabah dalam memastikan kejayaan UMNO sebagai tunggak Barisan Nasional (BN) perlu diiktiraf dengan meletakkan seorang daripada pemimpin UMNO di negeri itu sebagai pemimpin nombor tiga dalam parti.

“Jawatan ini selaras dengan hasrat kita untuk memperkuatkan jambatan sedia ada antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen Budi Bahasa Budaya Kita 2008 di sini hari ini.

Mengenai pencalonan beliau sebagai Naib Presiden parti menjelang pemilihan Umno Mac depan, Shafie berkata, beliau yakin anggota UMNO sudah cukup matang dalam membuat keputusan untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka kelak.

“Satu peringatan yang harus dibuat di sini ialah semua ahli harus memperkuatkan parti dan bukannya menjaga kepentingan sendiri,’ katanya.

Sehingga pukul 3 petang ini, Shafie, yang merupakan Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, telah memperoleh 51 pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Perlembagaan UMNO menetapkan perlu memperoleh sekurang-kurangnya 20 pencalonan untuk layak bertanding jawatan naib presiden parti. – Bernama

2 responses to “Sabah mahu kerusi Naib Presiden UMNO

  1. blah la wei

  2. Haritu MCA buat tuntutan ala2 macam ni, sekarang Sabah pulak. Lepas ni siapa lagi nak mintak apa2? Biar ada berpuluh PM lah pulak lepas ni, baru orang puas hati kot.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s