Abby ‘serang’ Norman Hakim

http://www.kosmo.com.my/


ABBY memperkatakan sesuatu kepada Norman di hadapan media
di lokasi penggambaran Gerak Khas di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Gara-gara gelagat Norman Hakim yang dianggap terus mempertahankan pelakon baru, Memey Suhaiza, pelakon Abby Abadi tidak mampu mengawal kemarahan dan bertindak ‘menyerang’ suaminya itu di depan pihak media semalam.

Insiden itu berlaku ketika Abby bersama lebih 20 petugas media ke lokasi penggambaran drama Gerak Khas berhampiran Carrefour Wangsa Maju di sini semalam, untuk bertemu Norman bagi membantu melengkapkan borang permohonan perceraian fasakh.

“Kenapa asyik mempertahankan dia? Memey baik, Memey itu, Memey ini? Saya ni siapa dalam hidup abang? “kata Abby marah dan terkilan ekoran Norman seolah-olah mempertahankan Memey dalam beberapa jawapannya kepada media.

Insiden itu adalah rentetan rasa kecewa Abby yang merasakan dirinya diabaikan Norman setelah suaminya dan pelakon itu ditangkap atas dakwaan berkhalwat, 30 Oktober lalu.

MEMEY



Pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis bersama Memey di pejabat MDH Trading & Services di Ukay Perdana, kira-kira pukul 3 pagi.

Norman yang ‘diserang’ di lokasi drama berkenaan pada awalnya kelihatan tenang meskipun penggambaran terpaksa dibatalkan gara-gara insiden yang berpunca daripada dirinya.

Bagaimanapun sebaik diajukan borang permohonan perceraian oleh Abby, Norman tidak mampu menahan perasaan lalu menangis. Setelah menenangkan diri seketika, bapa kepada tiga anak ini ‘melarikan’ diri daripada kumpulan media dan Abby yang hadir tanpa diundang ke lokasi.

Melihat Norman menjauhkan diri, Abby lalu mengekori suaminya itu untuk menyerahkan borang itu sekali lagi.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

10 responses to “Abby ‘serang’ Norman Hakim

  1. Norman pun satu Abby bukan main lawa lg cute pulak tp nak berbini lagi.Apa lagi yang tak kena ni.duit ada.semua ada.Abby ni budak baik.seorang ibu dan isteri yang layak di gelar seorang penyabar tapi Norman pulak yang buat hal.Rugila Norman tapi memey pun tiada hati perut masih nak goda laki orang.Mlm2 duk ofis buat ape.buatla kat luar kat kedai mamak bincang ni kat ofis.Tapi Allah tu Maha Kaya.Jawabla kat Akhirat nanti.

  2. syukur lebih baik.kufur akan dikutuk oleh Allah.

  3. cian kat abby tuh…dlm kes ni nampak sgt norman yg salah..dia yg wat hal…x serik2 ker dulu dh wat hal…yg lebiy kan si memey tu kenapa….tak patut btol…dlm kes ni saya sokong kalu abby nk mintak cerai…

  4. Ini lah lelaki tak bertanggung jawab. Jangan tahu cakap ” cuba mempertahankan rumahtangga kami” jer.. tapi tak tahu buat.. Dekni kahwin tak pergi kursus rumah tangga kaper… ??? Kan dah kena tangkap basah…. dah kahwin tu buat lah hal dah kahwin kalau dah gatal nak duduk berdua dengan pompuan lain sampai pukul tiga pagi.. pergi lah kawin… apa punya suar lah normah nie

  5. salam.buat kak abby besabar la kak.laki akak norman tu mmg xguna,tp akak kene igt 1.nk tak nak dia ayah kpd anak2 akak.better akak pthnkn hubgn sedia ada n pecayalah… memey tu bkn kt hati norman.sekalipn norman kawen gn memey gedik tu,xkn bahagia… silap2 xsmpi seharinorman leh gila sebab dosa2 dia kt kak abby… n abg norman,sbgi prmpuan n pihak pmbaca kt luar ni,ktrg hrp abg norman xsalah langkah… jgn sebab prmpuan hingusan yang blum tentu baik cam kak abby leh wat abg norman bahagia… tlg laaaaaa hargai pengorbanan isteri.. mtk sangat2…

  6. Pengajian Hikam Ibn ‘Athoillah

    Pengajian Hikam Ibn ‘Athoillah
    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429 / 15 November 2008 (Sabtu)
    Lokasi: Surau Tingkat 3, Anjung Rahmat, Batu 6, Jln Gombak 53100 KL
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi
    http://pondokhabib.wordpress.com

  7. tgedik betul si memey ni..yg norman ni pun playboy sgt..hah dulu leh salahkan org len now sekali tuhan tunjuk..terus tguman..apa nak jd norman ni…(teringat lak si AC mizal yg dulu blakon GERAK KHAS..bila da famous semula BINI pun cerai kawin baru tp nafkah kat anak2 bini pertama x tjg..tahu2 surat makhamah juga sampai)..

  8. halang perceraian

    tak baik la cerai2 ni dan ada anak banyk pun nak cerai2 ka?aiya..ragam artis macam ni la..tak kesian ka anak2 yang berjuntaian banyak tu..nampak ibu bapa bercerai, mesti dia akan ikut bercerai bila dia sudah dewasa..psiko la ckit!!kesian kan la anak2 anda..c memey pun tegedik2 dengan norma buat apa?norma tui dah berbini..dah diguna pun..ada anak lagi..renungla..

  9. huh..ntah ape2..xsangka2..dulu bt..ingt dh nysal..tp jd lg..cbela besyukur dgn bni dok ader tu.teruk la cmni..malu la sbgai lelaki yg dicipta tuhan sbg pemimpin..muke jer nmpak baik..tp prangai..huh!!sungguh xsgka..xperlu kesian dkat bni yg baik cmtu sbb kesian bkn faktor untuk dapat kebahagian. faktor nk bahagia ialah kejujuran, kasih syg, cnta dan perngorbanan!!!!pk la sikit..
    nk sgt yg mde..
    smpai ble die nk mude cmtu??
    lama2 tua jgak,,pastu nk cari lain lg??playboy ke ape ni!!???abby sikit pnyer manis ker..lmbut sume..ntah ape lg la yg xckup..ingt skit bro..bkn snang nk jmpe pasangan yg baik skrang ni..1 dlm 1000 ja..dh dpt tolong hargai..xplu nangis kalau diri sndri mmg xgne..nk blakon bt ape..dh gatal tu gatal jgak la..ingt sikit bro..
    anak2 3 org tu tgh membesar..nk ke diorang xngaku bapak nnti??
    malu la dgn diri sndri…malu dgn istri yg cukup baik cmtu…malu dgn tuhan..
    malu ngn anak2…nyesal rsenyer abby dpt suami yg mcm ni..xpe abby, kalau ada jdoh nnti tuhan bukak jdoh abby dgn org yg lagi baik yg pandai hargai abby.xyh la lg dgn laki mcm tu..sebagai lelaki,aku MALU!!!!!!

  10. Saya bukannya hendak menyokong Norman, tetapi tindakan Abby “menyerang” Norman sambil membawa Borang Permohonan Perceraian Fasakh ketika dia sedang “bekerja” di lokasi penggambaran Gerak Khas adalah satu tindakan yang tidak profesional dan boeh menjatuhkan maruah Abby sendiri. Tindak tanduk Abby ini menujukkan kelemahan dirinya yang sebelum ini saya menganggap Aby seorang yang hebat dan ada ketahanan diri. Sepatutnya Abby rujuklah perkara ini dimahkamah syarie. Kalau tak tahu isi birang rujuk kepada pakar bukannya bawa borang berkenaan di khalayak ramai. Mengapakah kau kurag siuman. Abby juga kena berfikir salah silapnya sebelum ini sehingga Norman bersikap sedemikian rupa. Jangan tahu saah orang, tengok dulu salah sendiri. Isteri yang soleha tidak akan memalukan dan mengaibkan suaminya, dosa besar itu. Carilah orang tengah yang dihormati oleh kedua-dua pihah untuk menyelesaikan konflik ini. Janganlah sikit-sikit nak tuntut cerai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s