Hamilton lakar sejarah

http://www.bharian.com.my/

HAMILTON mengibarkan bendera Britain selepas muncul juara dunia sekalipun hanya menduduki tempat kelima pada GP Brazil, kelmarin.

Pemandu termuda juara dunia

SAO PAULO: Lewis Hamilton menjadi juara termuda Formula Satu (F1) Dunia, kelmarin, apabila memintas pada selekoh terakhir untuk menduduki tempat kelima Grand Prix Brazil dan meraih gelaran dengan kelebihan hanya satu mata daripada Felipe Massa.

Ia mencetus drama di Inter Lagos kerana satu ketika kejuaraan tampak seperti akan terlucut daripada genggaman pemandu Britain itu  seperti yang berlaku musim lalu tetapi jelas diselamatkan oleh pemandu Toyota, Timo Glock.

Glock berada pada posisi kelima pusingan terakhir kedudukan amat diperlukan Hamilton muncul juara 2008.

Keputusan Glock tidak mahu menukar tayar apabila trek kembali basah kerana hujan seperti satu rahmat kepada McLaren yang menyaksikan pemandu pujaan mereka itu memintas lawan itu pada selekoh terakhir buat menghampakan Massa dan Ferrari yang sebelum ini sudah begitu yakin untuk menyambut kejayaan mereka.

“Lidah saya kelu,” kata Hamilton. “Ia satu perjalanan jauh di mana saya mendapat sokongan ramai orang. Pasukan saya melakukan tugas menakjubkan sepanjang tahun dan kami banyak berkorban. Saya gembira berjaya menggapai pencapaian ini untuk kami semua.”

Massa menang perlumbaan itu dengan catatan satu jam 34 minit 11.435 saat dengan Alonso di tempat kedua bersama Renault, ketinggalan 13.298 saat manakala Raikkonen, tempat ketiga  2.937 saat lagi di belakang dengan Vettel di tempat keempat.

“Saya rasa ia adalah perlumbaan paling menakjubkan pernah saya saksikan dalam hidup saya,” kata Massa. “Terlalu banyak perkara yang berlaku. Ia adalah perlumbaan yang gila.

“Sayangnya, kami gagal akibat satu mata, tetapi itulah perlumbaan. Kami harus bangga. Perlumbaan ini sempurna, kami melakukan segalanya dengan menakjubkan.”

Hamilton, juara Formula Satu pertama dari Britain sejak Damon Hill pada 1996, di tempat keenam ketika selekoh terakhir, tetapi jentera Glock masih menggunakan tayar kering. Ia memaksanya memperlahankan jentera dalam keadaan hujan, membolehkan Hamilton memintasnya.

“Ia memang mustahil pada pusingan terakhir. Sukar untuk mengekalkan jentera di litar dan saya hilang kedudukan pada penghujung perlumbaan,” kata Glock.  AP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s