Hentakan kuat di kepala punca kematian Vijayaratnam

SEREMBAN: Laporan bedah siasat ke atas mayat Datuk Dr S Vijayaratnam mendapati punca kematian Naib Presiden Gerakan itu akibat mengalami kecederaan yang pelbagai dan hentakan kuat di kepala, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Beliau berkata laporan itu diterima hari ini daripada Hospital Tuanku Ja’afar Seremban yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mendiang.

“Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan dengan memanggil saksi termasuk ahli keluarga dan orang tertentu untuk diambil keterangan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata setakat ini siasatan tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah dan polis masih mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut sehingga siasatan lengkap dan selesai.

Osman turut berharap media cetak dan elektronik tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu bagi memastikan siasatan polis berjalan lancar.

Dr Vijayaratnam, 58, dijumpai mati di hadapan kliniknya di bangunan Vijaya Mahal di Jalan Tunku Hassan di sini pada jam 12.15 tengah hari semalam, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan miliknya itu.

Mendiang meninggalkan seorang isteri Datin T. Anucia dan empat anak iaitu Ashta, 24, Ayra, 22, Seeralan, 13, dan Ahalya, 12.

Sementara itu, Naib Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan Datuk Chan Kee Voon berkata upacara pengebumian mungkin dijalankan Khamis ini.

“Ini mengikut kata isteri mendiang. Buat sementara waktu, ahli keluarga mendiang sedang menunggu kepulangan dua anak perempuan mendiang yang menuntut di United Kingdom dan Australia,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di kediaman mendiang di Jalan Datuk Klana Ma’amor di sini hari ini mendapati orang ramai, saudara-mara dan rakan taulan terus menziarahi keluarga mendiang. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s