Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan

 

04/11/2008 7:23pm

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Semua ahli Parlimen pembangkang hari ini bertindak keluar daripada Dewan Rakyat selepas tidak berpuas hati kerana mereka tidak diberikan ruang untuk penjelasan dan berbahas ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan.

Wakil pembangkang mula membuat bantahan apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menyatakan beliau mahu menghabiskan pembentangan langkah-langkah tambahan bagi Bajet 2009 sebelum memberi ruang untuk penjelasan.

Ekoran tindakan ahli Parlimen pembangkang yang seringkali bangun untuk membantah, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan ahli Parlimen agar mematuhi peraturan mesyuarat jika tidak beliau akan meminta mereka meninggalkan Dewan.

Beliau juga menjelaskan, Menteri Kewangan akan memberi ruang kepada ahli Dewan untuk mendapatkan penjelasan selepas membentangkan langkah-langkah tambahan itu dan ahli Parlimen perlu bersabar seketika.

 

Chua Tian Chang (PKR-Batu) menjadi ahli Parlimen pertama yang diarah berbuat demikian selepas enggan mematuhi arahan Yang Dipertua untuk duduk dan tidak meneruskan bantahan.

Bagaimanapun keadaan itu berterusan sehingga mengganggu penggulungan Menteri Kewangan dan ketika Mohd. Azmin Ali (PKR-Gombak) mengemukakan bantahan, Yang Dipertua sekali lagi mengingatkan ahli Parlimen agar mematuhi peraturan.

Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudiannya terus bangun beramai-ramai dan meninggalkan Dewan.- Utusan

 

salinan berita dari : http://www.utusan.com.my/

4 responses to “Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan

  1. Sepatutnya kita kena dengar sampai habislah penggulungan tu🙂

    Nampak mcm biadablah🙂

    Kalau cikgu sedang mengajar kat depan, lepas tu kita main keluar mcm tu je, tak berkatlah🙂

    Salam ziarah🙂
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

  2. BEKAS ANAK PEJUANG BN

    Kekadang rasa malu juga kalau ditanya anak anak (Usia 12-6 tahun) kenapa selalu kalau tengok berita dekat parlimen org tua2 (menteri) selalu bertengkar. kepada semua menteri menteri atau ahli parlimen…muhasabahlah diri…jadikan diri anda sebagai roll model. bukan roll model agar anak anak kita b……..p

  3. BEKAS ANAK PEJUANG BN

    baik yang kerajaan atau pakatan rakyaat… berganding bahulah bagi membina semula malaysia negaraku yang tercinta. Berkenaan papan tanda tu…gunakan lah bahasa kita yang indah… BAHASA MALAYSIA. Itukan bahasa yang kita gunakan sebelum merdeka sehinggalah hari nie.

  4. BEKAS ANAK PEJUANG BN

    Saranan saya kepada meneri Kinabatangan dan Batu pahat… jagalah tatasusila anda kerana anak anak generasi masa kini melihat anda. janganlah sampai hilang hormatnya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s