Mawi-Ekin hadiri kursus kahwin di Masjid Putrajaya


Mawi dan Ekin ketika menghadiri kursus pra perkahwinan di Masjid Putrajaya

yang akan disiarkan di Saluran Astro Oasis. -foto Utusan


PUTRAJAYA: Kursus perkahwinan di Masjid Putrajaya mencatatkan ‘debaran’ pertama bakal pengantin Mawi dan teman wanitanya Ekin.

Bertempat di Masjid Putrajaya, pasangan yang sedang hangat bercinta itu dilihat sama-sama menghadiri kursus perkahwinan hampir satu hari bermula dari 8 pagi hingga 10.30 malam.

Sementelah pihak Astro telah mendapat hak eksklusif untuk membuat liputan khas perkahwinan anak didik istimewanya itu, ramai yang ternanti-nanti bagaimanakah bentuk buah tangan yang akan ditampilkan.

Yang pasti, rakaman kursus kahwin Juara Akademi Fantasia musim ketiga ini, akan disiarkan pada tiga hari berturut-turut dalam tiga bahagian bermula pada 17 Disember.

Sebagai penyiar rasmi majlis perkahwinan Mawi-Ekin yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember ini, di masjid di Johor Bharu, Astro begitu komited untuk memberi yang terbaik untuk tatapan peminat Mawi dan peminat Astro amnya.

Bermula dengan siaran langsung pengumuman khas Mawi mengenai tarikh pernikahannya pada 21 Oktober lalu bertempat di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan yang mana ke udara secara langsung di saluran Awani (Saluran 501), Astro telah menyusun banyak lagi program istimewa sempena majlis itu akan menyusul kemudian.

Antaranya majlis pernikahan, majlis resepsi, dokumentari khas kisah cinta Mawi-Ekin dan majlis resepsi istimewa.

Program-program ini disiarkan melalui tiga saluran iaitu Oasis, Ria serta Prima.

Mawi sendiri terlibat dalam perbincangan dan memberikan idea seperti penetapan tarikh serta konsep.

Difahamkan, krew Astro telah pun turun ke Kulai dan Johor Bahru baru-baru ini untuk membuat rakaman khas program pra-perkahwinan pasangan sensasi itu. Mereka sudah bertemu keluarga kedua-dua pihak untuk membuat rakaman dan wawancara eksklusif.

Program-program istimewa Astro sempena pernikahan Mawi-Ekin.

17 Disember 2008 (Rabu)9.30 malam Astro Oasis (Saluran 106) Kursus kahwin Mawi-Ekin (Bhg 1)

18 Disember 2008 (Khamis)9.30 malam Astro Oasis (Saluran 106) Kursus kahwin Mawi-Ekin (bahagian 2)

19 Disember 2008 (Jumaat)9.30 malam Astro Oasis (Saluran 106) Kursus kahwin Mawi-Ekin (bahagian 3)

20 Disember 2008 (Sabtu)11 pagi Astro Oasis (Saluran 106) Siaran langsung majlis pernikahan Mawi-Ekin

28 Disember 2008 (Ahad)11 pagi hingga 6 petang Astro Prima (Saluran 105) Siaran langsung majlis resepsi keluarga Mawi dari Felda Taib Andak, Johor Dokumentari kisah cinta Mawi-Ekin

11 Januari 2009 (Ahad)6 petang Astro Ria (Saluran 104) Dokumentari persiapan persandingan Mawi-Ekin

berita dari : http://www1.mstar.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s