Presiden MCA kaitkan Obama dengan isu PKNS

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman.

Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, sebagai contoh, Ong berkata: “Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks. Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih.

“Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS, kata Ong yang juga Menteri Pengangkutan, dalam satu kenyataan di sini.

Ong berkata, reaksi daripada sesetengah ahli politik daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang berhubung pelantikan itu menunjukkan bahawa mereka masih lagi berada di dalam kepompong perkauman mereka sendiri.

– Bernama

sumber : http://www.utusan.com.my/

5 responses to “Presiden MCA kaitkan Obama dengan isu PKNS

  1. kalu mcm tu apa kata pegi jer kat USA duduk sana.

    nak ikut undang2 ke nak ikut perasaan ?

    kalu ikut undang2 sekolah jenis tamil cina tak leh dibuat tau !

    tapi kenapa kerajaan bagi juga? sbb toleransi.

    tapi hangpa tak pikiaq betoi2….

    kalu lagu mcm ni, kerajaan kena tarik balik laa apa yg dah dbagi.

    bagi betis nak paha. tak syukur langsung !

  2. Sekadar melepaskan lelah:
    Jika benar MCA susruh kita bermuhasabah untuk menerima kaum mereka menerajui PKNS-Sebuah perbadanan bumiputera, kenapa susah sangat orang Melayu nak dilantik ke jawatan-jawatan penting di syarikat-syarikat milik kaum mereka. Tidak payah jauh, anak-anak melayu yang nak menumpang rezeki di syarikat milik mereka pun dikenakan dengan pelbagai sekatan dan bilangannya boleh dibilang dengan jari .Pelbagai tekanan dikenakan…buang tudung,pandai mandarin etc.
    Hanya nak mengobamakan orang Melayu untuk kepentingan kaum sendiri tidak cukup wahai MCA, jika kaum tersebut juga tidak diobamakan.
    Adilkah begitu,Fikir-fikirkanlah realiti ini.

  3. Mereka minta hak kita, tapi hak orang kita dipinggirkan oleh mereka.

    apa kes ??????

  4. arjuna waspada

    Saya nak tanya Sdr Ong Tee Keat apa kah bendenya kita bolih belajar daripada Amerika Syarikat ?
    Belajar jahanamkan sistem bank dan kewangan?
    Belajar berperang dengan orang yang lemah ?
    Bunuh rakyat negara asing yang tidak pernah serang amerika ?
    Rancang untuk serang negara jauh 6000 batu dari pantai Amerika ?
    Bahaya sungguh pemikiraan anda ?
    Nak ajak Malaysia ikut jejak negeri pembunuh dan perosak.
    Kalu ikut jejak contoh negeri yang baik kan bagus saperti Singapura India Jepun Korea Taiwan Jerman Russia PRC bolih pakai sikit kut?
    Obama belum angkat sumpah lagi jadi Presiden, macam mana tahu dia bagus dan baik untuk kepentingan malaysia ?
    Kenape anda tak sebut terang dan nyata dan di parliamen sesi ini bahawa anda mahu orang keturunan Cina atau India atau Cindia layak sekarang jadi Perdana Menteri Malaysia
    Atau pun istihar sahaja anda sudah jadi Perdana Menteri tapi malaysia tak kasi dan tak iktiraf .
    Lagi pun Obama bukan pandai sangat kalau di bandingkan dengan Sdr OTK.
    Macam mana tidak, OTK orang malaysia, mampu bertutur fasih bahasa melayu mandarin dan ingeris jauh lebih pandai dari Obama.
    Dia tahu ingeris saje.
    Tapi anda nak puji Amerika dan Obama puji ke langat.

    Saya suka puji Malaysia dan tak pernah buat bandingan dengan negeri lain.
    Sebab saya orang Malaysia.
    Anda ? ta tahu lah, Mykad dah ade,paspot Malaysia ade,Pangkat Datuk dan Dato pun dah dapat, tapi hati di lain kut ?
    Saya dan rakyat Msia yang lain fikir dan setuju bahawa anda yang fasih Bahase melayu ingeris dan mandarin dan lain dialek cina,lulus dari universti tempatan sebagai Injineir mekanikal, ada lah orang pandai dan bukan orang bodoh.
    Tapi kalau nak pilih jadi orang bodoh kami tak menghalang kerana itu adalah hak anda.
    Cuma kena ingat dan di ingatkan anda jejak di bumi malaysia dan jikalau anda tak suka dengan 30 % ke ,sosial kontrak ke ,atau hak orang Melayu, cakap aje di atas bumi Malaysia.
    Orang Melayu bolih terima.
    Tapi jangan lah nak suruh orang Melayu fikir macam orang Amerika.
    Itu nama kerja orang bodoh.
    arjuna waspada

  5. norithminan

    daripada komen2 diatas, jelas sekali isu perkauman susah dihapuskan. serba kurang yang berani bertanding sebagai individu. malah ramai sekali yg selesa berlindung di bawah payung perkauman. walaupun semua kaum adalah ciptaan Allah yg cukup sayang pelbagaian dalam flora fauna dan umatNya. sememangnya manusia ini pengecut. individu2 yg berani selalu diserbu oleh majoriti pengecut. inilah satu kesedihan yg berulang dlm sejarah semua tamadun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s