UPKO keluar BN jika paip gas diteruskan

PENAMPANG 6 Nov. – Pertubuhan Kebangsaan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) akan mengkaji kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tetap meneruskan projek saluran paip gas bernilai RM3 bilion dari Kimanis, Sabah ke Kompleks Gas Asli Cecair Petronas di Bintulu, Sarawak.

Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok berkata, bantahan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Kabinet, esok dan sebarang keputusan selepas itu akan mempengaruhi hala tuju UPKO.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya sudah beberapa kali membantah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri sebelum ini memberi jaminan tidak akan meneruskannya.

“Perdana Menteri sudah memaklumkan pada 31 Mei lalu bahawa projek ini tidak akan diteruskan. Kita akan menyeberang (keluar BN) jika projek tersebut tetap diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kaunter Aduan Bergerak Berpadu, Biro Pengaduan Awam (BPA) di Buhavan Square, Donggonggon di sini hari ini.

Dompok mengulas kenyataan Abdullah pada Ahad lalu, bahawa projek paip gas dengan jarak kira-kira 500 kilometer itu diteruskan dan berjanji Sabah akan turut menerima royalti daripadanya.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat perlu peka dan sensitif dengan perkara tersebut kerana projek berkenaan jelas tidak menguntungkan rakyat di Sabah.


http://www.utusan.com.my/

Advertisements

One response to “UPKO keluar BN jika paip gas diteruskan

  1. I found your site on technorati and read a few of your other posts. Keep up the good work. I just added your RSS feed to my Google News Reader. Looking forward to reading more from you down the road!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s