1 maut, 2 cedera tong gas meletup

BEGINILAH keadaan van yang meletup dan meragut nyawa seorang lelaki dan mencederakan dua yang lain ketika ia sedang diisi gas asli (NGV) oleh pemiliknya yang dipercayai mengubah suai tong gas memasak gas petroleum cecair (LPG) untuk dipasang pada kenderaannya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Batu Berendam, Melaka, malam kelmarin.
RAZALI Md. Zin (gambar kecil) cedera di bahagian tangannya akibat letupan ketika berada di dalam van itu.


MELAKA 8 Nov. – Seorang peniaga terbunuh sementara abangnya dan seorang pembantu mereka cedera setelah tangki gas pada van mereka meletup semasa mereka mengisi gas di sebuah stesen minyak di Batu Berendam di sini malam tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Hailmi Ishak, 25, dari Duyong, berada di luar van bagi mengisi NGV ke dalam tong gas memasak yang diletakkan di ruang kaki tempat duduk hadapan van tersebut.

Letupan yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu turut menyebabkan abang dan rakannya Mohd. Rosli Ishak, 30, dan Razali Md. Zin, 31, yang berada di tempat duduk hadapan van cedera.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Jalan Kubu, Komander Mokhtar Osman berkata, letupan itu telah menyebabkan kaki kiri Muhammad Hailmi hancur dan perutnya terburai.

Mangsa meninggal dunia kira-kira lima jam kemudian selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Melaka (HM), manakala Mohd. Rosli dan Razali juga dirawat di hospital sama.

“Letupan turut menyebabkan pintu kiri van terbabit tercabut selain bahagian hadapan kiri van musnah dan tong gas memasak yang pecah tercampak keluar dari van tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mokhtar menambah, siasatan awal juga mendapati letupan berlaku kerana menggunakan tong gas memasak selain tidak mematikan enjin kenderaan ketika mengisi gas itu.

“Tong gas tersebut dipercayai meletup akibat haba daripada enjin kenderaan yang tidak dimatikan.

“Selain itu, sistem NGV yang dipercayai diubah suai sendiri oleh pemilik van berkenaan hanya ditutup menggunakan kanvas,” katanya.

Tambahnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.11 malam dan mengejarkan tujuh anggota ke tempat kejadian yang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan mangsa.

“Kes ini diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut kerana ia membabitkan kejadian letupan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut meluangkan masa menziarahi kedua-dua mangsa berharap, kejadian tersebut akan menjadi contoh kepada pengguna kenderaan lain.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Saya harap, pihak berkenaan dapat menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian ini termasuk mengenakan tindakan tegas sekiranya wujud bengkel yang menawarkan perkhidmatan mengubahsuai tong gas memasak menjadi tong NGV,” katanya.


http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s