Raja Petra bebas menulis kembali – Ahmad Shabery

 

09/11/2008 4:50pm

 

KEMAMAN 9 Nov. — Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin, bebas menulis kembali tetapi beliau berdepan dengan tindakan jika didapati melanggar undang-undang, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Tindakan tegas akan diambil terhadap Raja Petra sekiranya didapati melanggar melanggar undang-undang melalui tulisannya pada masa depan, katanya.

“Kalau selepas ini Raja Petra rasa nak menulis lagi, dia bebas menulis.

Tetapi sekiranya tulisan tersebut didapati melanggar undang-undang ataupun menimbulkan perkara bersifat fitnah sudah tentu orang yang merasakan diri mereka difitnah atau berlaku tidak adil dan sebagainya, berhak pula mengambil tindakan kepada orang berkenaan (Raja Petra),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan permohonan habeas corpus Raja Petra setelah mendapati alasan perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 8 ISA tidak mencakupi skop yang ditetapkan di bawah akta itu.

Ahmad Shabery berkata kerajaan tidak pernah menyekat kebebasan media atau individu untuk bersuara, sebaliknya tindakan hanya diambil sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang serta mengancam keselamatan negara.

“Perlu kita faham bahawa banyak orang tidak tahu dari segi kebebasan media dalam negara ini, (ia) adalah satu perkara yang sudah wujud.

“Penulis blog boleh menulis dalam blog kerana adanya teknologi maklumat internet yang ada sekarang, dan siapa yang membekal teknologi itu, kalau tidak kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata keputusan mahkamah itu membuktikan bahawa institusi kehakiman negara ini tidak dikuasai oleh kerajaan.

Katanya, walaupun keputusan tersebut mungkin tidak disenangi pihak pendakwaan tetapi mahkamah berhak membuat keputusannya.

Sebelum itu, Ahmad Shabery menyampaikan sumbangan tajaan Syarikat Toyo Engineer & Construction Sdn Bhd bersama Institusi Jurutera Malaysia cawangan Terengganu berbentuk peralatan sekolah kepada 303 pelajar terpilih dari sekolah sekitar Chukai dan Air Putih di sini. Beliau turut memohon syarikat-syarikat korporat agar menghulurkan sumbangan kepada pelajar terutama dari segi biasiswa untuk melahirkan lebih ramai profesional di negara ini.

— BERNAMA

 

http://www.utusan.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s