Sheikh Muszaphar nafi kumpul RM1.2 juta

 

 

”Begitu juga dengan isu bayaran, saya sendiri tidak pernah menetapkan sebarang bayaran dan tidak tahu menahu dengan pembayaran yang akan diberikan kepada saya,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar milik pembangkang bahawa angkasawan negara itu telah memperoleh pendapatan hampir RM1.2 juta hasil siri ceramah yang dilakukannya di seluruh negara sejak tahun lalu.

Sheikh Muszaphar dilaporkan mengenakan bayaran sebanyak RM8,000 untuk satu jam berceramah.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak-pihak tidak bertanggungjawab tersebut menghentikan tohmahan terhadapnya.

Beliau turut meminta orang ramai agar menghubunginya untuk mendapatkan maklumat sahih bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya sebagai orang kenamaan yang hadir pada majlis tertentu.

”Sejak pulang ke bumi, tumpuan saya kini membantu dan memberi sokongan kepada belia, golongan muda dan pelajar sekolah agar mereka dapat menjadi modal insan negara yang terbaik,” katanya.

Sheikh Muszaphar memberitahu, beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam waktu terdekat kerana perlu ke Jepun untuk memberi ceramah mengenai ekonomi global Isnin ini.

Kontrak

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili memberitahu, kedua-dua angkasawan negara iaitu Sheikh Muszaphar dan Mejar Dr. Faiz Khaleed mempunyai kontrak dengan kementerian sehingga 31 Disember ini.

Jelasnya, kontrak itu secara spesifik menyatakan tidak boleh mengenakan bayaran bagi ceramah atau program motivasi.

”Setakat ini tidak ada aduan secara rasmi bahawa Sheikh Muszaphar meminta bayaran daripada pihak-pihak yang mahu beliau memberikan ceramah atau menghadiri program motivasi.

”Semua program motivasi beliau diatur oleh kementerian dan tidak ada bayaran dikenakan untuk perkara itu dan kementerian juga yakin Sheikh Muszaphar akan mematuhi serta menghormati terma-terma kontrak ,” katanya.

Ongkili berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Negara 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kementerian sedang menimbangkan sama ada untuk menyambung kontrak dengan kedua-dua angkasawan negara itu memandangkan mereka dipinjam dari dua agensi kerajaan iaitu Sheikh Muszaphar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Faiz dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jelasnya, kedua-dua angkasawan itu akan kembali ke agensi masing-masing selepas tamat kontrak.

”Cuma Faiz telah menyatakan untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana dalam bidang angkasa dan telah meminta kementerian memberi sokongan, oleh itu kementerian bercadang untuk memperbaharui kontrak.

”Bagi Sheikh Muszaphar kita perlu mengadakan perbincangan dengan beliau memandangkan masih memerlukan khidmatnya untuk program angkasawan negara,” katanya.

http://www.utusan.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s