Ashraf-Bunga Citra Lestari sah suami isteri

Bunga Citra Lestari begitu riang di sisi Ashraf selepas acara akad nikah mereka yang berlangsung di Masjid Albina, Senayan, Jakarta semalam.

JAKARTA 8 Nov. – Pelakon Mohamed Ashraf Mohamed Sinclair dan artis terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari selamat melangsungkan pernikahan mereka di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta, petang ini.

Dengan hanya sekali lafaz, Ashraf, 28, yang berlakon dalam filem Gol & Gincukini sah suami Bunga, 25, pelakon dan penyanyi berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera yang mula terkenal melalui lagu Sunny yang menjadi soundtrackfilem Cinta Pertama.

Kedua-dua pasangan selebriti itu yang bercinta sejak lebih setahun lalu kelihatan berseri-seri dengan pakaian tradisional Padang sedondon berwarna putih dan merah hati.

Majlis akad nikah itu disempurnakan oleh Pegawai Pejabat Agama kawasan Tanah Abang, Ashras Syahroni disaksikan oleh ibu bapa Ashraf, Mohamed Sincliar dan isterinya, Khadijah Abdul Rahman serta kira-kira 50 anggota keluarga dari Malaysia.

Turut hadir ialah Penasihat Agama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Tuan Ismail Tuan Abdulah.

Sementara di pihak Bunga, pernikahan itu disaksikan oleh ratusan keluarganya termasuk ibu dan bapanya, Muchlis Rusli dan Emmy Syarif, seorang doktor gigi.

Ashraf menyerahkan mas kahwin sepasang anting-anting bertatahkan berlian 1.5 karat sebagai ikatan cinta mereka selain membawa 26 dulang hantaran.

Selepas selesai majlis akad nikah, Ashraf menyarung cincin ke jari isterinya dan melakukan acara membatalkan air sembahyang.

Bunga yang turut berlakon filem Ada Aku Ada Kamu kelihatan terharu selepas Ashraf mencium dahinya lalu menitiskan air mata.

Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana kekeluargaan dan mengikut adat istiadat Padang.

Sebelum itu, kedua-dua keluarga saling berbalas pantun dan pernikahan itu mendapat liputan ratusan wartawan akhbar, majalah hiburan dan stesen televisyen tempatan.

Majlis jamuan dan persandingan Ashraf-Bunga akan berlangsung di Hotel Sultan di Senayan, malam esok dan dijangka dihadiri Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Majlis resepsi di Kuala Lumpur pula dijadual berlangsung pada pertengahan November ini.

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s