Ibarat ‘meludah’ bangsa sendiri

 

REMBAU 8 Nov. – Anak bangsa yang lupa sejarah adalah golongan yang tidak bersyukur selepas mengecapi segala nikmat, keselesaan hidup dan kemewahan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindak-tanduk golongan itu yang membiarkan diri dimanipulasi oleh pihak tertentu dengan mengutuk usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan mentadbir negara, ibarat meludah kepada bangsa sendiri.

“Anak bangsa yang telah kita bebaskan daripada penjajah, kita telah berikan mereka pendidikan dan kita telah kayakan mereka, malangnya mereka telah ‘meludah’ kepada bangsa sendiri dan tidak tahu adab dan sejarah ketamadunan bangsa Melayu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan secara serentak persidangan perwakilan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Rembau di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau menjelaskan, tiada guna jika anak bangsa yang begitu ramai hari ini, hanya hebat dalam sains dan teknologi tetapi tidak dipasakkan dengan fakta sejarah sehingga mereka lupa asas ketamadunan Melayu.

“Hari ini terlalu ramai yang bercakap soal ketuanan Melayu, tetapi tidak ramai yang tahu maksudnya. Kalau kita belajar antropologi, aspek ketuanan itu bermaksud, negara Tanah Melayu itu mempunyai tuannya dan tuan tanahnya adalah orang Melayu.

“Ini kerana orang Melayu telah membina tamadun sejak Empayar Kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 lagi. Sebab itulah asas ketuanan Melayu itu, bukan bermakna orang Melayu jadi tuan seperti yang disalah tafsir hari ini,” katanya.

“Sebaliknya orang Melayu adalah pribumi kerana mereka yang membangunkan tamadun bangsa. Jangan persoalkan ketuanan Melayu. Ini bukan soal siapa berjaya atau siapa gagal. Ini soal pemilik kepada Tanah Melayu itu adalah orang Melayu,” tegas beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjelaskan, jika isu ketuanan Melayu ini terus dimainkan dan dipolemikkan, adalah dibimbangkan akan ada pihak yang terasa hati.

Justeru beliau meminta, parti komponen yang cuba membangkitkan isu hak orang Melayu atau ketuanan Melayu supaya menghentikannya.

“Jagalah rumah masing-masing. Kalau rumah kita ‘rosak’ kita sendiri perbaiki. Saya jaga UMNO sebab itu ‘rumah’ saya,” kata beliau.

Pada persidangan itu, Mohamad mahu ahli UMNO dan orang Melayu bangkit daripada tidur dan segera bertindak membetulkan fakta sejarah yang dipesongkan pelbagai pihak.

“UMNO kini telah berusia lebih 62 tahun dan menjadi harapan saya untuk melihat kembali parti ini benar-benar menjadi wadah perjuangan orang Melayu,” ujar beliau.

 

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s