Lembaga Disiplin diminta percepat siasatan

PUTRAJAYA 9 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Lembaga Disiplin parti supaya mempercepatkan proses siasatan terhadap lebih 900 aduan yang diterima sebelum ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan tersebut perlu bagi mengelakkan mereka yang didapati bersalah boleh bertanding pada pemilihan parti bulan Mac depan.

”Dalam perjumpaan saya dengan Abdullah dan pengerusi lembaga berkenaan, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen (Tengku Ismail) baru-baru ini, Abdullah ada tekankan kalau boleh dipercepatkan siasatan semua kes aduan itu supaya mereka yang bersalah tidak boleh bertanding.

”Oleh itu, kita akan cuba selesaikan siasatan terhadap aduan tersebut sebelum bermulanya pemilihan parti pada bulan Mac ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria.

Bagaimanapun, Tengku Adnan memberitahu, tidak semua daripada 900 aduan yang diterima itu bersifat benar kerana setakat ini ada yang mempunyai unsur-unsur khianat dan tidak puas hati.

”Atas sebab itulah, kita ada satu jawatankuasa yang kini sedang melihat dan meneliti aduan-aduan terbabit sama ada ia benar atau mempunyai unsur-unsur dendam dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu menyentuh pergaduhan pada Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Seremban hari ini, beliau berkata, mesyuarat itu telah ditangguhkan pada minggu depan.

Katanya, beberapa para pegawai dari Ibu Pejabat UMNO telah dihantar ke bahagian itu untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.

”Kemungkinan besar, ibu pejabat akan ambil alih (urusan pengendalian) mesyuarat itu kerana bahagian tidak percaya kepada badan perhubungan negeri dan sebaliknya.

”Saya minta ahli-ahli UMNO supaya ikut peraturan yang ditetapkan dan kalau kita tidak bersetuju dengan badan perhubungan negeri, kita boleh laporkan kepada ibu pejabat,” katanya.

 

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s