Pemuda Rembau calonkan Khairy, Reezal


Khairy Jamaluddin menerima ucap tahniah daripada para perwakilan selepas menerima pencalonan sebagai Ketua Pemuda di Dewan Merdeka, Rembau, Negeri Sembilan, semalam.


REMBAU 8 Nov. – Pemuda UMNO Bahagian Rembau hari ini mencalonkan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin sebagai ketua pergerakan itu pada pemilihan sayap parti Mac depan.

Pencalonan Khairy yang juga ketua pemuda bahagian itu dibuat oleh Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Datuk Azman Hasan dan disokong sebulat suara.

Turut mendapat pencalonan hari ini ialah Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua dalam persidangan yang berlangsung di Dewan Merdeka Rembau.

Persidangan dihadiri 308 perwakilan dari 100 cawangan.

Khairy yang ditemui pemberita selepas itu, menganggap pencalonan itu sebagai melengkapkan kempennya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda.

”Pencalonan ini tidak sempurna jika tidak dapat sokongan daripada Pemuda UMNO Bahagian Rembau. Ini maruah saya dan jika saya menang Ketua Pemuda pada Mac nanti, maka Pemuda UMNO Bahagian Rembau yang sebenarnya menang.

”Ini adalah kubu kuat kita, rumah kita. Di tempat keramat ini, saya telah diumumkan sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya umum yang lalu. Di sinilah saya mengharapkan pencalonan untuk Ketua Pemuda UMNO,” ujar beliau.

Mengenai pencalonan Reezal, beliau berkata, ia adalah keputusan perwakilan.

 

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s