Gaduh di Seremban amat memalukan

gambar : Mstar Online

KEPALA BATAS 9 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan pergaduhan yang berlaku semasa persidangan perwakilan UMNO Bahagian Seremban hari ini dan menyifatkan ia sebagai kejadian yang amat memalukan. (Berita di muka 5).

Beliau berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap perwakilan harus mematuhi peraturan dan perjalanan mesyuarat dengan baik.

Katanya, tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka yang terlibat jika didapati bersalah.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini, Perdana Menteri berkata, bukan sahaja politik wang yang boleh dikenakan tindakan disiplin malahan kes yang melibatkan pergaduhan juga boleh diambil tindakan sama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergaduhan yang tercetus pada persidangan perwakilan Bahagian Seremban hari ini sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera akibat dibaling kerusi dan mesyuarat terpaksa ditangguhkan.

Sebaik diajukan soalan itu oleh wartawan, beliau terus menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi telefon bimbit seorang pengawal peribadinya bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.

Abdullah turut mengarahkan Mohamad supaya membuat laporan kepada ibu pejabat UMNO dengan segera dan pada masa yang sama, pemantau daripada ibu pejabat, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik juga berbuat demikian.

Perdana Menteri berkata, oleh kerana kejadian itu mengakibatkan kecederaan kepada perwakilan, ia juga merupakan satu perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan menurut Kanun Keseksaan.

– Bernama


http://www.utusan.com.my/

Advertisements

2 responses to “Gaduh di Seremban amat memalukan

  1. Pengajian Kitab Bersama al-‘Allamah al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syatiri.

    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
    Pengajar: InsyaAllah khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: ad-Da’wah at-Tammah wa Tazkiratul ‘Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
    Pengajar: InsyaAllah, khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. Tq info Shafifa…harap ramai akan manfaatkanyya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s