Raymond Tan serah surat letak jawatan dalam SAPP

KOTA KINABALU 10 Nov. – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah hari ini menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP).

Ketua Penerangan SAPP, Chong Pit Wah mengesahkan menerima surat itu yang dihantar oleh seorang kakitangan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah yang mana Shu Kiah adalah menterinya.

“Bagaimanapun Shu Kiah tidak menyerahkan semula kad keahlian SAPP dan perbuatan ini menyalahi perlembagaan parti,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Shu Kiah meninggalkan SAPP selepas tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi parti itu pada 17 September lalu yang keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Berikutan itu, beliau merancang menubuhkan sebuah parti baru yang akan disertai bekas pemimpin kanan parti itu dan 2,000 ahli lain yang tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan SAPP.

Pit Wah berkata, pihaknya mendapat tahu parti baru Shu Kiah akan didaftarkan selewat-lewatnya sebelum Dewan Undangan Negeri bersidang pada Jumaat ini.

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s