Jawatan PM atas sokongan majoriti

PUTRAJAYA 12 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas pihak tertentu yang cuba membangkitkan persoalan tentang keperluan mempunyai seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu atas alasan agar negara tidak dilihat mengamalkan perkauman.

Bagi beliau, tindakan membangkitkan persoalan tentang Perdana Menteri bukan Melayu itu sendiri sebenarnya adalah bersifat perkauman.

‘‘Tidak sepatutnya soalan itu ditanya, sama ada Melayu atau bukan Melayu. Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, jika seseorang itu diterima oleh rakyat Malaysia, dia layak untuk menjadi Perdana Menteri.

‘‘Sudah tentu berbeza dengan Singapura, tidak ada pemimpin bukan Cina yang boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada siri syarahan Perdana ‘Bangsa Malaysia’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut bekas Perdana Menteri, undang-undang negara menetapkan sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dan tiada sebarang spesifikasi bahawa pemimpin negara mesti diketuai oleh orang Melayu.

‘‘Tetapi spesifikasinya ialah orang yang layak menjadi Perdana Menteri adalah pemimpin kepada sebuah parti yang majoriti, jadi janganlah tanya sama ada dia Melayu, Cina atau India.

‘‘Sepatutnya tanyalah kepada pakatan pembangkang, kenapa pilih (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi pemimpin, mengapa tidak orang Cina,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemerintahan yang dikuasai oleh parti berasaskan kaum masih lagi relevan bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin apatah lagi ia ternyata berjaya mengurangkan perdebatan perkauman sejak 50 tahun lalu.

‘‘Di Malaysia, kita yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh bekerjasama secara politik dan sebarang usaha untuk menghapuskan amalan itu perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan bukannya mengejut,” katanya.

Beliau berkata, parti berasaskan kaum masih diperlukan kerana rakyat Malaysia belum bersatu sepenuhnya sehinggakan rancangan kerajaan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan telah ditolak.

‘‘Hendak buka sekolah yang membolehkan anak-anak kita (pelbagai kaum) belajar bersama-sama pun ditolak, jadi macam mana kita hendak ketepikan kaum, anda tolak Sekolah Wawasan bermakna anda mahu kekalkan perasaan kaum, katanya.

sumber : http://www.utusan.com.my/

2 responses to “Jawatan PM atas sokongan majoriti

  1. Pingback: JANGANKAH GIJANGANLAH GILAKAL… TAPI GLOKAL DAN GLOVOKAL LAH UNTUK SURVIVAL. « Aberamly’s Weblog

  2. apa apa lah ….tapi tun mahadey pandai jawab isu ni.

    ni kelebihan tun mahadey… pusing balik kena muka cina india.

    bagus kalu tun jadi pembela kerajaan dan biar kabinet buat kerja tadbir

    hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s