Jawatan Ketua Wanita perlu dipertandingkan – Dr. M

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan wajar diteruskan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pertandingan sedemikian tidak akan membawa masalah kepada parti sekiranya ahli pergerakan itu mementingkan perpaduan.

Menurutnya, mana-mana calon yang tewas dalam pertandingan itu kelak tidak sepatutnya bersikap bermusuhan kerana ia perbuatan yang tidak demokratik.

”Kalau dia nak bertanding, biarlah dia bertanding, saya fikir tiada masalah, lepas itu rapatkan balik barisan.

”Itu adalah proses demokrasi… ini bila dah bertanding yang kalah tak mahu bercakap dengan yang menang, susahlah, itu tidak demokratik,” katanya .

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Perdagangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLITF) 2008 di sini hari ini.

Isu peralihan kuasa dalam Wanita UMNO menjadi perhatian apabila Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan Ketua walaupun penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz berjanji akan menyerahkan jawatan itu pada Jun depan.

Ia menjadi semakin ‘panas’ apabila Shahrizat membuat kenyataan meminta Rafidah mempertimbangkan untuk mempercepatkan pelan peralihan kuasa kepada Mac depan selaras dengan pemilihan parti itu.

Beberapa Ketua Wanita bahagian juga secara terbuka memberi sokongan kepada Shahrizat sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding menentang Rafidah.

Sementara itu, Mahathir berkata, kenyataan beliau semalam yang tidak menolak kemungkinan berlakunya politik wang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO dibuat berasaskan maklumat yang diterimanya.

Beliau mendakwa, maklumat itu diperoleh daripada pelbagai sumber dan identiti mereka tidak perlu didedahkan kerana ia adalah perkara sulit.


http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s