Tindakan tegas jika adakan mogok bogel – Ketua Polis Selangor

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar semalam memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan perhimpunan tanpa permit.

 

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana NGO yang menganjurkan perhimpunan tanpa permit, apatah lagi berbogel,” katanya ketika dihubungi di sini.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang mengancam untuk berbogel di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan Exco bagi mendesak kerajaan negeri agar tidak membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam.

 

Antara perkara yang Reformis tidak berpuas hati ialah tindakan kerajaan negeri menaikkan sewa bulanan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250 sebulan yang didakwa membebankan penyewanya yang kebanyakannya berpendapatan RM500 sebulan.

 

Presiden Reformis Ramlan Abu Bakar dipetik oleh akhbar itu sebagai berkata:”Kami sebagai rakyat merasakan tidak lagi berpeluang untuk berubah di bawah pentadbiran Khalid (Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim).

 

“Untuk menegur beliau, Reformis akan melancarkan mogok bogel sebagai jalan terakhir untuk memberikan kesedaran agar PR (Pakatan Rakyat) terus kekal di hati rakyat Selangor.” BERNAMA

http://www1.mstar.com.my/ 

5 responses to “Tindakan tegas jika adakan mogok bogel – Ketua Polis Selangor

  1. nak mogok bogel pulak ! entah apa2 lah…

  2. Mutiara – Habib Umar bin Hafidz

    Mutiara
    Habib Umar bin Hafidz

    > Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu niscaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah

    > Barang siapa Semakin mengenal kepada allah niscaya akan semakin takut.

    > Barang siapa yang tidak mau duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barang siapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

    > Barang siapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.

    > Barang siapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barang siapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.

    > Kedekatan seseorang dengan para nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.

    > Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.

    > Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.

    > Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.

    Benar sekali, dan di bumi itu ada tanda tanda bagi orang yang sangat yakin…Al Quran

    tq quote of the day shafifah

  4. nak sangat bogel, bogellah polis tangkap masukkan dalam zoo biar mak bapak anak cucu datang tengok. Itulah ciri-ciri makhluk yang tanpa keimanan dalam hidup

  5. nak sangat bogel, bogellah polis tangkap masukkan dalam zoo biar mak bapak anak cucu datang tengok. Itulah ciri-ciri makhluk yang tanpa keimanan dalam hidup.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s