UMNO dicadang tubuh ‘Tabung Pembelaan Utusan’

IPOH 14 Nov. – Majlis Veteran UMNO Malaysia hari ini mengusulkan supaya agar parti itu menubuhkan ‘Tabung Pembelaan Utusan’ bagi membela akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh kaum Melayu.

Pengerusinya, Tan Sri Tajudin Ali berkata, tabung berkenaan amat penting setelah akhbar itu disaman sebanyak RM30 juta oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok, baru-baru ini.

Tegas beliau, akhbar tersebut perlu dibela kerana bertindak berani menyiarkan berita bagi membela orang Melayu dan agama Islam.

”Menginsafi bahawa perjuangan Utusan Malaysia dan Utusan Melayu adalah satu perjuangan untuk membangkitkan semangat nasionalisme orang-orang Melayu dan Islam, maka ia perlu diberi pembelaan oleh keseluruhan orang Melayu terutamanya UMNO.

”Parti UMNO juga perlu memberi penerangan kepada seluruh cawangannya di seluruh negara mengenai sabotaj terhadap Utusan Malaysia oleh pihak yang tidak suka melihat perkembangan akhbar ulung orang Melayu itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berakhirnya Perhimpunan Kedua Perwakilan Tahunan Majlis Veteran UMNO Malaysia di sini hari ini.

Tajudin berkata, usul berkenaan yang dibangkitkan daripada Veteran UMNO Kelantan telah diterima sebulat suara oleh 110 perwakilan yang hadir.

Jelas beliau, usul membela Utusan Malaysia itu akan dihantar kepada UMNO Pusat secepat mungkin supaya tindakan segera dapat diambil.

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s