Malaysia antara lima negara paling manfaatkan Internet di Asia Pasifik

19/11/2008 5:25pm

BANGKOK 19 Nov. — Malaysia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan Singapura merupakan negara di Asia Pasifik yang penduduknya paling ramai memanfaatkan kemudahan Internet dengan 55 hingga 80 peratus penduduknya mempunyai akses kepada Internet menjelang 2007.

Sebagai perbandingan, lima negara menduduki tangga paling bawah — Myanmar, Timor-Leste, Tajikistan, Bangladesh dan Kemboja — mempunyai kurang satu peratus daripada penduduknya menggunakan Internet manakala purata bagi rantau ini ialah 20 peratus.

Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bagi Asia dan Pasifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unescap) berkata disebalik kemajuan pesat di Asia dan Pasifik dalam memanfaatkan teknologi maklumat (ICT), masih wujud perbezaan ketara antara negara perpendapatan tinggi dan negara berpendapatan rendah dalam akses kepada Internet.

Katanya masih wujud jurang besar walaupun kajian menunjukkan penggunaan telefon dan Internet mencatatkan peningkatan dalam tempoh lima tahun lepas sejak Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Maklumat (WSIS) pertama kali diadakan pada 2003.

“Bagaimana untuk menangani ’jurang digital’ ini menjadi fokus pada mesyuarat yang sedang berlangsung di Bangkok dengan peserta terdiri daripada pakar ICT daripada kerajaan, akademik, PBB dan agensi antarabangsa lain dan sektor swasta, termasuk Microsoft,” kata Unescap dalam kenyataan.

Agensi itu berkata jumlah pengguna telefon bimbit meningkat hampir 70 kali ganda di Asia Selatan antara tahun 2000 dan 2007 dan lebih 40 kali ganda di Asia Tengah manakala di Asia Tenggara, yang secara kolektifnya mempunyai pasaran yang lebih maju, jumlah penggunanya masih tumbuh kira-kira 10 kali ganda.

“Namun, pertumbuhan paling pesat dicatatkan di negara paling miskin di rantau ini. Negara yang paling kurang membangun di rantau ini adalah kumpulan yang menyaksikan penggunaan telefom bimbit meningkat hampir 80 kali ganda,” katanya.

Mesyuarat kumpulan pakar itu, WSIS+5 dan Isu Baru di Asia dan Pasifik, berobjektif sebagai platform untuk membincangkan aspek teknikal pembangunan ICT dan pandangan pakar mengenai isu utama — seperti masalah berkaitan infrastruktur — yang perlu ditangani di peringkat serantau.

Antara isu dibincangkan ialah status semasa ICT dan pelaksanaan Pelan Tindakan WSIS di rantau Asia-Pasifik dan isu utama yang mengekang komunikasi melalui ICT di negara-negara membangun.

Juga dalam agenda ialah integrasi ICT dalam program pengurangan risiko bencana yang efektif, sebagai contoh, dengan menyediakan penyelesaian teknikal seperti sistem amaran awal, sistem komunikasi lebih baik untuk membantu usaha pemulihan selepas kejadian bencana di seluruh rantau ini.

— BERNAMA


http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s