Ketua Wanita: Pertandingan penyelesaian terbaik

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Penyelesaian terbaik kepada kemelut merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO adalah melalui pertandingan bagi menentukan calon pilihan akar umbi pergerakan itu.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz berkata, memandangkan semua yang terbabit bertegas dengan pendirian masing-masing, maka pertandingan adalah jawapan terbaik untuk Wanita UMNO.

Beliau berkata, berdasarkan sentimen semasa, kemungkinan besar pertandingan untuk jawatan Ketua Wanita UMNO sememangnya tidak dapat dielakkan.

“Kamilia bertegas dengan pendiriannya, Shahrizat pula sudah bersungguh-sungguh untuk bertanding dan Rafidah tidak mahu berganjak, maka pertandingan adalah pilihan terbaik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jalan penyelesaian terakhir berhubung krisis kepimpinan dalam Wanita UMNO terletak kepada keputusan yang diambil oleh kedua-dua calon Ketuanya iaitu Rafidah dan Shahrizat.

Beliau berkata, penyelesaian dalam pergerakan itu sama ada melalui rundingan atau keputusan berbentuk lain.

Sham Rahayu berkata, jika Rafidah dan Shahrizat tidak boleh mencapai sebarang persetujuan, maka pertandingan adalah pilihan terbaik ia dilihat tidak akan memecah-belahkan pergerakan itu.

“Bertanding secara demokrasi tidak ada masalah,” katanya.

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s