Nik Aziz enggan campur tangan isu ladang babi di Kedah

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan beliau tidak mahu campur tangan berhubung cadangan negeri Kedah untuk mewujudkan ladang babi moden di Bukit Selambau, di negeri itu.

 

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata cadangan berkenaan merupakan urusan kerajaan negeri Kedah dan berharap ia dapat diuruskan dengan sewajarnya.

 

“Cadangan untuk buka ladang babi tu merupakan urusan negerinya (Kedah), kita tak masuk campur, pandai-pandailah urus,’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perwakilan Tahunan Negara ke-83 Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini, hari ini.

 

Beliau berkata tumpuannya kini hanya untuk menjaga Kelantan dengan tidak membenarkan babi dipelihara secara komersial, sebaliknya hanya diternak secara keci-lkecilan sebagai bekalan makanan penduduk bukan Islam.

 

“Di Kelantan saya sekat awal-awal lagi supaya tiada babi diternak secara komersial, sebaliknya kita hanya benarkan ia diternak sekadar di belakang rumah, bukan untuk berniaga,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain Nik Aziz turut bersetuju dengan cadangan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani yang mahu kerajaan turut melantik senator di Parlimen daripada kalangan bekas anggota tentera.

 

“Tentera berhak bersuara dalam Parlimen berhubung sesuatu isu berkaitan dan saya rasa atas faktor itulah wakil daripada kalangan mereka diperlukan dalam Parlimen,” katanya. BERNAMA

 

http://www1.mstar.com.my

2 responses to “Nik Aziz enggan campur tangan isu ladang babi di Kedah

  1. Salam….
    Ambo setuju benar cara Tuan Guru ni……

  2. laaa…… awat jadi macam ni???? Dulu Pak Lah dikata pengembala babi tapi………… kini apa dah jadi ???? ambo dah pening nih ………… macam tu saja ka komen tok guru ?????? parti punya pasai……….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s