Keadaan politik tidak izinkan saya berundur – Nik Aziz

KOTA BHARU 25 Nov. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata, keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun.

Namun sekiranya terdapat desakan yang jelas di kalangan ahli Pas agar dirinya berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak akan menunggu lebih lama dan tidak teragak-agak berbuat demikian.

Malah katanya, ia boleh dilakukan sekarang kerana sudah lama berhasrat untuk berundur atas faktor kesihatan tetapi beliau tetap mengutamakan kepentingan perjuangan parti.

”Tiada sampai ke telinga saya setakat ini (desakan) untuk berbuat demikian (berundur) disebabkan saya selalu uzur.

”Kalau betul ada orang Pas mahukan saya undur, saya undur selalu (sekarang), petang ini juga saya buat. Dah lama saya nak buat begini (berundur) tapi orang tak bagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan kononnya ada kalangan pemimpin Pas yang mahukan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berundur tetapi tidak berani menyatakan secara terbuka.

Soal beliau bakal berundur dan siapa bakal penggantinya sudah beberapa kali mencetuskan isu termasuk semasa pilihan raya umum Mac lalu.

Menurut Nik Abdul Aziz, selain desakan agar beliau tidak berundur, ada beberapa faktor lain yang masih menjadi halangan baginya untuk melepaskan jawatan itu.

”Masalah-masalah baru timbul sekarang seperti keadaan politik yang tidak mengizinkan. Dalam keadaan bergelora, angin kencang, saya sebagai kapten, mana boleh saya tidur.

”Kerajaan pimpinan UMNO sekarang juga dalam keadaan separuh sedar, lagi saya tak boleh tinggal. Kalau UMNO dah tak kuat lagi, baru boleh saya tinggal, sebab masa itu dah tak ada musuh lagi,” ujarnya.

Katanya, tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti tetapi beliau tidak akan menyebut siapa yang bakal mengambil alih kelak.

”Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika Datuk Asri dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti.

”Kalau saya sebut, bermaknanya hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan. Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan,” jelas beliau.


http://www.utusan.com.my/

Advertisements

One response to “Keadaan politik tidak izinkan saya berundur – Nik Aziz

  1. ASTAGAFIRULLAH

    KENAPA NIK AZIZ KATA UMNO MUSUH DIA WALAUPUN SESAMA ISLAM? KENAPA NIK AZIZ KATA DIA AKAN RESIGN KALAU UMNO SUDAH LEMAH, KENAPA DIA TAK KATA DIA AKAN RESIGN KALAU ISLAM SUDA BERTAPAK KUKUH DI MALAYSIA? APA SEBENAR AGENDA PERJUANGAN TERAS PAS NI? ADAKAH PAS (PARTI AGAMA ISLAM SEMALAYSIA) ATAU PAS (PARTI AGAMA2 SEMALAYSIA) ? SATU SOALAN UTK NIK AZIZ, APA GUNANYA KALAU UMNO LEMAH DISUSULI ISLAM PUN SEMAKIN LEMAH DAN ULAMAK SPT ANDA YG DIKATAKAN SANGAT MEMPERJUANGKAN ISLAM BERUNDUR DR DUNIA POLITIK KERANA PERJUANGAN SUDA SELESAI BILA UMNO LEMAH???? HABIS PERJUANGAN UTK ISLAM HENDAK LETAK DIMANA? LETAK SAJA PADA PAKATAN RAKYAT???BIAR ANWAR YG MENENTUKAN HALA TUJU ISLAM DI NEGARA INI? SAYA SUDA TAK FAHAM DAN KELIRU APA SUDA JD DENGAN PARTI YG MMPERJUANGKAN ISLAM INI SUDA BOLE BERTUKAR ARAH….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s