Makluman : Email Panglima tentang Blogger Pembela Negara

Seruan untuk sertai Team Blogger Pembela Negara  !

Assalamualaikum wrt wbt.

Saya baru sahaja meletakkan komen di beberapa blog termasuk email kepada BERITAMALAYSIAKINI untuk mengajak dibuat team blogger barisan hadapan negara.

Ia satu inisiatif saya bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang tidak senang dengan blogger yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka.
Cara berhubung dimaksudkan dengan mengguna Yahoo Messenger melalui Conference yang dikendalikan oleh saya selaku moderator.
Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam blog masing masing.
Nama team diputuskan dalam sidang maya oleh ahli ahli sidang sesi II sebagai Blogger Pembela Negara.
Sidang maya Parlimen Blogger  berlangsung setiap hari jam 9 malam.
Blogger Pakatan Rakyat juga dialu alukan menyertai sidang maya ini, bagi membentangkan pendapat mereka dan dibahaskan bersama oleh blogger pembela negara…
Panglima Perang Cyber selaku Speaker akan memantau unsur unsur negatif atau tindakan negatif ahli sidang agar tidak menjurus kepada pelanggaran undang undang dalam membuat perbahasan.
Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh ahli Blogger Pembela Negara ini.
Sidang maya harian sesama Blogger turut dibuka kepada pembaca blog yang berminat memberi pendapat kepada isu isu terkini negara kita. Mereka dilabelkan sebagai Pemerhati. Mereka juga dibenarkan berbahas bersama blogger Pembela Negara dan Blogger Pakatan Rakyat.
Setakat ini blogger dari AnwarDotCom, Minda Intelek, Medan Info, ,GAP, PerakBangkit, SejarahMelayu, Nobisha, Waadat, Pilihan Anda, PerigiJernih, Saudagarsenja, Sarfams, Paspkrdap, Utusan_Che_Moq, Abagtuah, Pokotua, Malim Muda, GuruBashid, Sumandak Bayu,  sudah menyertai sidang maya bloggers ini..
Senarai lengkap sila lihat di blog Panglima Perang Cyber.
Sidang ini juga turut disertai oleh Kelab UMNO Mesir yang turut hadir semalam Sabtu 22/112008.
Jemputan juga sudah dihantar ke bloggers lain seperti Kadir Jasin, Roslan SmS, Penarik Beca dll untuk turut serta dalam perbahasan ini.
Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan kumpulan ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita. Dengan kata kata yang berhikmah dan mauizah hasanah ( teguran penuh tauladan ).
Ini bagi menyahut seruan Menteri Dalam Negeri sendiri baru baru ini,  yang mahukan Blogger membina etika yang tinggi di dalam membuat blog dan memberi pandangan kepada pertumbuhan negara…
Objektif utama seruan ini  :
1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dan dipertahankan dengan kesatuan  blogger pembela negara Malaysia ini..
Di harap dapatlah kiranya add email saya untuk Yahoo Messenger bagi memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia ini.
Email : panglimaperangcyber@yahoo.com
Terima Kasih tuan weblog Berita Malaysiakini, jika sudi menyiarkan email saya ini…
Sekian,
Yang Berblog,
Panglime Perang Cyber

6 responses to “Makluman : Email Panglima tentang Blogger Pembela Negara

  1. Bagus usaha Panglima !!!!

  2. dek mari kita cari islam…

    tanpa pakatan rakyat… tanpa bn

    mari bersama abe berjuang dalam gerakan netizen perkasa di

    http://aberamly.multiply.com

  3. tahniah… bergerak secara berpasukan lebih baik dari bersendirian…. mohon joinn…

  4. iraman Hj Karim

    uSAHA iNI sUNGGUH bAGUS. aDALAH DIHARAPKAN sELEPAS iNI tIDAK aKAN aDA lAGI pENULIS bLOG yANG sEENAKNYA mENGELUARKAN kENYATAAN yANG sANGAT tIDAK TEPAT dAN bERMAKSUD jAHAT. pENULIS bLOH hARUS bERSIKAP ‘jANTAN” DALAM mENGELUARKAN sEGALA KENYATAAN dIDALAM bLOG mASING-mASING.

  5. Aspirasi, join di blog Penembak Tepat…

  6. ASTAGAFIRULLAH

    KENAPA NIK AZIZ KATA UMNO MUSUH DIA WALAUPUN SESAMA ISLAM, yg KAFIR BELA BABI DISOKONG? KENAPA NIK AZIZ KATA DIA AKAN RESIGN KALAU UMNO SUDAH LEMAH, KENAPA DIA TAK KATA DIA AKAN RESIGN KALAU ISLAM SUDA BERTAPAK KUKUH DI MALAYSIA? APA SEBENAR AGENDA PERJUANGAN TERAS PAS NI? ADAKAH PAS (PARTI AGAMA ISLAM SEMALAYSIA) ATAU PAS (PARTI AGAMA2 SEMALAYSIA) ? SATU SOALAN UTK NIK AZIZ, APA GUNANYA KALAU UMNO LEMAH DISUSULI ISLAM PUN SEMAKIN LEMAH DAN ULAMAK SPT ANDA YG DIKATAKAN SANGAT MEMPERJUANGKAN ISLAM BERUNDUR DR DUNIA POLITIK KERANA PERJUANGAN SUDA SELESAI BILA UMNO LEMAH???? HABIS PERJUANGAN UTK ISLAM HENDAK LETAK DIMANA? LETAK SAJA PADA PAKATAN RAKYAT???BIAR ANWAR YG MENENTUKAN HALA TUJU ISLAM DI NEGARA INI? SAYA SUDA TAK FAHAM DAN KELIRU APA SUDA JD DENGAN PARTI YG MMPERJUANGKAN ISLAM INI SUDA BOLE BERTUKAR ARAH…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s