Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan

KOTA KINABALU 30 Nov. – Lembaga Disiplin UMNO wajar menghukum bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang hadir pada perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam, Selangor semalam.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, perbuatan tersebut jelas melanggar etika parti dan bertentangan dengan semangat yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN).

“Kita bukan tidak berfikiran terbuka, tetapi tindak tanduk beliau tidak ikut prosedur disiplin parti, ini satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan kerana melanggar disiplin parti,” katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Media di Sutera Harbour di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas tindakan yang perlu dikenakan terhadap Zaid yang memberi alasan hadir ke kongres PKR itu untuk mendengar isu yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa di negara ini.

Pada sidang akhbar selepas kongres itu, Zaid ketika ditanya sama ada akan menyertai PKR, beliau tidak menolak kemungkinan menyertai parti pembangkang itu pada masa depan.

Zaid meletakkan jawatan Kabinet selepas mendapat kritikan pelbagai pihak khususnya dalam BN terhadap kenyataannya yang membantah penahanan seorang wartawan, Ahli Parlimen dan penulis blog di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 12 September lalu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, Zaid perlu menulis surat tunjuk sebab kepada kepimpinan tertinggi UMNO untuk menjelaskan sebab utama beliau menghadiri kongres tersebut.

Beliau berkata, Zaid juga belum lagi menghantar surat tunjuk sebab atas kesalahan membantah ISA dan kini, beliau membuat satu lagi kesalahan yang melanggar etika parti.

Jelas Muhyiddin, perbuatan berkenaan secara tidak langsung memberi sokongan moral kepada parti pembangkang tersebut.

Mengulas cadangan beliau agar pemilihan pemimpin parti dibuka kepada kira-kira 100,000 pemimpin cawangan yang menghadiri persidangan bahagian masing-masing dan bukannya terhad kepada 2,500 perwakilan pada perhimpunan agung parti itu nanti, Muhyiddin berkata, ia merupakan satu cara untuk kembali kepada asas demokrasi.

Muhyiddin berkata, kaedah itu dapat membanteras politik wang di samping menghapuskan sistem kuota dalam UMNO dan secara tidak langsung sistem tersebut menyamai pemilihan calon seperti mana pilihan raya.

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bercadang mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terlibat dengan politik wang, katanya, sebagai bekas Presiden UMNO, beliau layak berbuat demikian.

“Itu pandangan beliau sebagai seorang warga negara yang mengambil berat dan juga sebagai bekas Presiden UMNO, saya kurang layak untuk beri komen mengenai perkara ini,” ujanya.

http://www.utusan.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s