Harga minyak turun lagi, rendah sebelum paras Jun

Turun kali keenam

 

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengambil keputusan untuk menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa hari ini.

 

“Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

 

Beliau berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan daripada RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan petrol RON92 akan diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

 

Harga diesel akan dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter, kata beliau.

 

Ini merupakana kali keenam kerajaan menurunkan harga minya sejak Ogos.

 

Kali terakhir harga minyak diturunkan ialah pada 18 November.

 

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pengurangan harga minyak akan dilaksanakan sebelum Hari Raya Haji dan kali ini ia dijangka hanya melibatkan petrol sahaja.

 

Penurunan harga petrol itu, katanya tidak akan melebihi 15 sen.

 

“Kita sekarang berdepan dengan keadaan luar biasa di mana harga diesel di pasaran dunia adalah lebih tinggi daripada petrol dan sebab itu kerajaan masih memberi subsidi RM1.43 untuk harga diesel,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penutupan Seminar Pembangunan Perniagaan Bagi Peniaga dan Usahawan Kecil di Johor Bahru.

 

Dengan penurunan itu harga minyak petrol RON97 dijangka turun daripada RM2 kepada RM1.85 seliter manakala RON92 daripada RM1.90 kepada RM1.75 seliter.

 

Pada 17 Nov lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

 

Bagaimanapun, Shahrir berkata keputusan mengenai mekanisme penetapan harga minyak tidak sempat dibincangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang diadakan di Putrajaya hari ini kerana perbincangan lebih tertumpu kepada aspek keselamatan negara.

 

“Kita mungkin akan membincangkannya pada mesyuarat Exco selepas Hari Raya Haji nanti,” katanya.

 

Kerajaan sekarang sedang menimbang sama ada memilih mekanisme penetapan harga minyak berasaskan harga lantai atau pengapungan terurus.

 

Mengenai rungutan pengguna berkaitan kedegilan peniaga menurunkan harga barang-barang walaupun harga minyak turun, beliau berkata pada masa sekarang peniaga khasnya yang menjual barang yang dikilangkan tidak dapat berbuat demikian.

 

“Mereka tidak dapat menurunkan harga barang yang dikilangkan pada masa sekarang kerana harga barangan terbabit adalah berasaskan harga tempahan sebelum pengumuman penurunan harga minyak,” katanya.

 

Para peniaga, bagaimanapun memberi jaminan bahawa barang-barang yang dikilangkan akan lebih murah pada suku pertama tahun depan.

 

Katanya harga makanan di kedai-kedai makan masih mahal kerana harga ditentukan oleh permintaan yang tinggi.

 

“Pengguna masih lagi membeli makanan di kedai-kedai makan walaupun peniaga mengenakan harga yang tinggi,” katanya.BERNAMA


 

One response to “Harga minyak turun lagi, rendah sebelum paras Jun

  1. penulis_cyber

    INI ADALAH SATU TINDAKAN YANG BIJAK OLEH KERAJAAN KERANA MEMBUKTIKAN KEPADA RAKYAT KEPERIHATINAN MEREKA MENURUNKAN HARGA MINYAK…

    CUMA KESIAN KERANA PEMBANGKANG DAH TIDAK MAMPU LAGI MENERUSKAN HASUTAN MEREKA AGAR RAKYAT MEMBENCI KERAJAAN…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s