PM: Arif Shah tidak berhasrat keluar Umno

 

Jimadie Shah Othman | Dec 2, 08 11:56pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah tidak berhasrat untuk keluar dari Umno untuk menyertai parti lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini.

arif shah omar shahMenurutnya, perkara itu dinyatakan oleh Arif Shah kepadanya dalam pertemuan mereka semalam.

Beliau berkata, Arif telah memperjelaskan kepadanya bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai parti lain.

“Dia juga akan kekal sebagai ahli Umno dan menjadi wakil rakyat Umno,” kata Abdullah.

Perdana menteri memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.

Baru-baru ini akhbar melaporkan bahawa Arif Shah kecewa dengan tindakan Ketua bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Majid dan Umno bahagian itu yang didakwanya seolah-olah mahu menamatkan kerjaya politiknya dalam Umno.

Arif shah yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu, dilaporkan berkata beliau dipelawa menyertai PKR selepas mendakwa diketepikan oleh Abdul Jalil.

Arif Shah juga kalah kepada Abdul Jalil dalam pemilihan jawatan ketua Umno bahagian Permatang Pauh, November lalu.

Manakala Abdul Jalil pula menafikan dakwaan Arif Shah bahawa beliau diketepikan oleh ketua bahagian tersebut.

Manakala Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim pula berkata, pihaknya akan mendengar penjelasan dua pemimpin kanan Umno Permatang Pauh itu berhubung pertelagahan antara mereka.

Azhar berkata, beliau sudah berjumpa dengan Abdul Jalil semalam dan akan akan menemui Arif Shah selepas ini..

http://www.malaysiakini.com/news/94203

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s