Klip video Linggam: Jabatan Peguam Negara arah BPR, polis siasat laporan

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis menjalankan siasatan terhadap hasil laporan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video V.K Lingam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri berkata BPR sudah menjalankan siasatan lanjut terhadap beberapa individu seperti disyorkan suruhanjaya itu daripada aspek kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Siasatan BPR tertumpu kepada dua perkara iaitu percutian Tun Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim Negara ketika itu) di New Zealand bersama V.K Lingam (peguam)dan perkara berhubung pelantikan hakim.

“Siasatan mengenai percutian itu sudah selesai dan kertas siasatan sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan keputusan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju).

Wee ingin tahu sehingga 17 Ogos lalu, apakah tindakan yang sudah diambil oleh Pejabat Peguam Negara dan BPR terhadap cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V.K Lingam.

Beliau berkata BPR telah selesai menjalankan siasatan berhubung pelantikan hakim dan kertas siasatan itu sedang diteliti oleh Peguam Kanan Persekutuan BPR. BERNAMA

http://www1.mstar.com.my/


One response to “Klip video Linggam: Jabatan Peguam Negara arah BPR, polis siasat laporan

  1. Ketika kes berkenaan hangat dimanipulasikan,terdapat nama-nama ikan jerung yang
    muncul berkaiatan dengan kes tersebut,yeya,,tetapi mengapa fokus kini langsung tidak
    menyebut dan menyentuh tentang jerung-jerung tu…takut kr?????Khairi Jamaluddin
    ada sebut dalam parlimen adakah kerana mereka itu individu-individu yang popular?maka kecut dubor nak sebut nama mereka.Inilah mentaliti kita.Takut telungkup periuk
    belanga.Kalau ikan bilis belum sampai pejabat peguam negara kertas siasatan polis,BPR dan suku sakat dah terjun tingkap buat siasatan dan aduan,dan mungkin tak sampai seminggu kes dah masuk mahkamah.Tapi kalau ikan jerung.huh….buat dek je.MANA PROFESIONALISME dEMO SEMUA HA?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s