Tarikh pilihan raya kecil ditetap pagi ini

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pagi ini bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.

Mesyuarat akan bermula pukul 9.30 pagi dan pengumuman mengenai tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya kecil dijangka dibuat kira-kira dua jam kemudian.

Pemangku Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi berkata, mesyuarat khas pagi ini akan memfokus tiga perkara penting.

Pertama, pelantikan pegawai-pegawai yang akan mengendalikan pilihan raya termasuk pengurus pilihan raya.

Kedua, pengesahan daftar pemilih terkini dengan mengambil kira proses pembersihan dan kemasukan pemilih baru.

“Kemudiannya kita akan menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan pengundian dengan mengambil kira beberapa perkara,” katanya.

“Kami akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil menjelang pukul 11.30 pagi nanti,” katanya.

Mesyuarat itu diadakan susulan penerimaan notis mengenai kekosongan daripada Parlimen Isnin lalu.

Pilihan raya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.

Razali, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Pada pilihan raya umum Mac lepas, beliau mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada 2004 selepas menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

Ia merupakan pertandingan tiga penjuru yang turut membabitkan seorang calon bebas, Maimun Yusof, 89, yang hilang wang pertaruhan selepas hanya memperoleh 685 undi.

http://www1.mstar.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s