BN boleh menang

oleh Abdul Halim Yusoff, Azli Ayob dan Baharom Bakar

bnews@bharian.com.my

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN), berada dalam kedudukan yang baik untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil yang dijangka diadakan bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, senario politik semasa yang berbeza berbanding ketika BN menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, memberi keyakinan kepada kerajaan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, BN juga memiliki kelebihan kerana kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dikosongkan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail pada Jumaat minggu lalu berada dalam negeri yang ditadbir oleh kerajaan.

“Senarionya berbeza (dengan Permatang Pauh) kerana ini adalah negeri yang ditadbir BN dan kita (berada dalam kedudukan) untuk mempertahankan kerusi ini.

“Keadaan di sini pun tidak boleh disamakan dengan di Permatang Pauh,” katanya kepada pemberita selepas menziarah dan menghadiri majlis tahlil yang diadakan di rumah keluarga Razali di sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Najib diminta mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa peluang BN di Kuala Terengganu mungkin sama dengan Permatang Pauh. Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu adalah yang kedua diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

Dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalahkan calon BN, Datuk Ariff Shah Omar Shah. Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi memberi laluan kepada suaminya.

Mengulas keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya itu pada 6 Januari depan dan 17 Januari sebagai hari mengundi jika ada pertandingan, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ia mungkin dibuat dengan mengambil kira faktor cuaca.

“Pada Disember, cuaca biasanya tidak menentu dan ada kalanya hujan berterusan,” katanya merujuk kepada musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur setiap kali akhir tahun.

Mengulas tempoh kempen yang agak panjang selama 11 hari, Najib berkata, ia ditetapkan SPR dan BN akan menghadapinya menggunakan strategi yang disusun selepas perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Umno Bahagian.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau yakin BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan strategi kempen yang betul dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan.

“Insya-Allah jika mempunyai strategi yang betul kita boleh menang kerana seluruh jentera parti akan turut turun padang untuk membantu memantapkan persiapan Umno dan BN negeri bagi memastikan kemenangan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penutup Global Brand Forum Malaysia 2008 anjuran Media Prima Bhd di Seri Kembangan.

Muhyiddin yang mengaku BN bakal menghadapi persaingan sengit untuk memenangi pilihan raya kecil itu berkata, kemenangan mampu diraih jika segala perancangan dilakukan secara tersusun dan seluruh jentera BN bersatu padu.

http://www.bharian.com.my/

One response to “BN boleh menang

  1. Assalamualaikum,

    Mari kita flagkan blog pedestrianinfidel.blogspot.com dan surind.blogspot.com kerana Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s