PPP beban bagi BN bukan aset – Ali

KOTA BHARU 12 Dis. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan Parti Progresif Rakyat (PPP) sebagai liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) ekoran tindakannya yang bertentangan dengan dasar-dasar BN.

Beliau berkata, BN tidak akan mengalami sebarang kerugian sekiranya parti tersebut keluar daripada BN kerana ia terlalu banyak mengkritik dasar kerajaan.

“Saya amat bersetuju dengan keputusan Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam perkara ini. Kalau nak keluar, kita tidak ada halangan.

“Mana boleh dasar kerajaan menjadi ugutan kerana itu saya nampak Presiden PPP, Datuk M. Kayveas hanya memberi bebanan kepada BN dan bukannya aset,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Promosi Pelancongan Negeri Melaka di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Aziz Derashid.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Seet Har Cheow. Ia diadakan bagi mempromosikan produk pelancongan Melaka di negeri ini.

Mohd. Ali berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Lembaga Disiplin PPP memecat Penasihat parti itu, S. I. Rajah berikutan tindakan beliau yang mahu Kayveas meletakkan jawatan sebagai Presiden parti.

Keputusan memecat Rajah yang berkuat kuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat Lembaga Disiplin parti itu pagi semalam.

Kelmarin, Rajah yang juga bekas Presiden PPP mencadangkan Kayveas meletakkan jawatan kerana telah menyatakan hasratnya meninggalkan BN jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda.

Mohd. Ali berkata, Kayveas tidak memberi cadangan yang membina berbanding mengeluarkan banyak ugutan yang akan melemahkan BN.

http://www.utusan.com.my/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s