Setiausaha Hadi dituduh subversif

Abdul Rahim Sabri | Dec 12, 08 2:53pm
kemaskini 7:15pm Setiausaha presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan tuduhan liar di internet apabila didakwa memainkan “peranan subversif” untuk menyingkirkan “kumpulan Erdogan” di Selangor.

Bagaimanapun Roslan Shahir Mohd Shahir, yang dilantik ketua penerangan PAS negeri baru-baru ini, enggan mengulas lanjut tuduhan serius itu di Malaysia Waves, blog yang mendedahkan pergeseran dalam parti itu.

malaysia waves website 121208Berbeza dengan Anti Husam yang menentang “kumpulan Erdogan”, blog yang ditulis aktivis muda parti – yang dikenali Tulang Besi – membela kumpulan tersebut dan menjadikan kumpulan promuzakarah dengan Umno sebagai sasarannya.

“Saya tidak mahu memanjangkan isu ini, biarkan kepada Tulang Besi.

“Saya dinasihatkan oleh Datuk Seri Hadi agar tidak memberi respons (dakwaan di blog itu),” kata Roslan hari ini.

“Kalau saya respons, ia membuatkan dia rasa ‘saya besar’. Dia tidak ada jawatan dalam parti. Buang masa sahaja respons.

“Tuduhan itu liar dan jahat.”

Tulang Besi dalam beberapa tulisannya mencabar Roslan menafikan terlibat berkempen untuk menyingkirkan “kumpulan Erdogan”, antaranya Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, khususnya selepas mendapat jawatan barunya itu.

“… kumpulan Erdogan wajib dibersihkan daripada PAS secepat mungkin dan tidak perlu menunggu muktamar yang akan datang,” tulis penulis blog 3 November lalu.

Tulang Besi mendakwa kenyataan itu disampaikan oleh Roslan dalam mesyuarat di kawasannya Kelana Jaya.

Diminta menjelaskan faktor pendorong sehingga Dewan Harian PAS Selangor dipanggil ke lajnah politik seperti pendedahan Malaysia Waves – lokasi pertembungan hangat Khalid dengan ketuanya Dr Hasan Ali – Roslan berkata:

roslan sms shahir mohd shahir“Ia masalah dalaman parti dan ia sangat sulit.”

Blog Anti Husam turut menamakan setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bendaharinya Dr Hatta Ramli dan anggota biro lajnah politik Khalid Samad sebagai sebahagian “kumpulan Erdogan.”

Khalid, yang juga ahli parlimen Shah Alam, digugurkan sebagai timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor bulan lepas.

Mengulas dakwaan wujud laporan “100 peratus negatif” terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dibuat oleh Dr Hasan di permukiman PAS di Langkawi awal November, seperti coretan blog tersebut, Roslan berkata:

“Saya tidak tahu. Saya belum pegang jawatan ketua penerangan. Tanyalah dengan setiausaha badan perhubungan.”

Selain menegaskan kembali tiada krisis dalam PAS Selangor, Roslan juga menafikan PAS negeri mempunyai masalah parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

“Kita sudah selesa dalam Pakatan. Kita buat keputusan secara kolektif,” katanya.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Khalid berkata pembentangan Dr Hasan di Langkawi dan lajnah politik adalah satu “laporan yang sulit berhubung prestasi PAS Selangor”.

“Ia tidak perlu diketahui umum,” tambahnya.

Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam, menjelaskan jawatannya sebagai pengerusi Perancang Strategik dan Kajian Dasar (Paskad) PAS negeri turut tergugur apabila tidak lagi menyandang jawatan kanan tersebut.

Paskad, satu jawatankuasa kecil yang diselia oleh Dewan Harian PAS Selangor dan dianggotai lebih 10 anggota, untuk merangka strategi dan dasar PAS negeri terutama  dalam pilihanraya.

6 responses to “Setiausaha Hadi dituduh subversif

  1. serangan kembali lagi dilancarkan terhadap orang kuat menghalang Erdogan di dalam PAS..

    .kenapa ?

    kerana agenda Anwar untuk menjadikan Erdogan’s Team menakluk PAS telah gagal ekoran pemecatan orang kuat Erdogan di Selangor oleh Hassan Ali baru baru ini..

    Anwar sudah takut sebenarnya….dan Malaysiakini sedang berusaha menjatuhkan orang kuat Hj Hadi demi memastikan PAS akan dikuasai pro Anwar tidak lama lagi…

    tapi saya yakin tidak akan berjaya kerana orang sudah terhidu ‘ bau hangit’ permainan catur Anwar ini…

  2. Bolehkah PAS dan KEADILAN bersesongkol sedangkan perjuangan dan prinsip dua buah parti ini berbeza. Saya yakin Keadilan cuba mendominan PAS. Keadilan cuba menggunakan agen-agennya untuk menyingkirkan semua ulamah dalam PAs dan digantikan dengan pemimpin yang sealiran dengan Anuar Ibrahim. Pemimpin-pemimpin PAS berhati-hatilah, jangan lah bersekutu dan bersubahat kepada pemimpin yang berdosa besar ini. Mengapakah PAS sanggup berkongsi kuasa dengan pemimpin yang keji yang kerjanya “suka meliwat orang” . Bersahabatlah dengan pemimpin yang bertaqwa. Janganlah kerana PAS nakkan kuasa sanggup bersubahat dengan menyokong atau buat-buat diam terhadap perbuatan terkutuk pemimpin Keadalian. Bangun dan tentang mereka yag cuba mendominan Parti PAS.

  3. Pingback: Kenapa Roslan SMS - Setiausaha Hj Hadi dibidas dan diaibkan Malaysiakini !!! « PeNa BiAsA

  4. Dah tiba masanye PAS bergerak spt dlu sblm Pakatan Rakyat ttubuh..

  5. pas harus kembali pada asa perjuangan sebelum ini….kerana perjuangan pas yang asal memang baik kerana memperjuangkan agama islam…..Namun kini….PAS kelihatan makin terpesong daripada landasan perjuangan sebenar yang di dokong….adakah pas lebih rela bersekongkol dengan kafir harbi DAP yang terang-terangan menentang negara islam…baru semalam salah seorang ahli erdogan pro anwar si husam cakap nk buat negara islam….tapi apa kata DAP????….Nak report@retort pada Anwar…..Pas harus sedar….Pas diperkudakan DAP dan Anwar untuk dapat kuasa….walaupun pas ada 3 negeri….Nyata Perak dikuasai DaP….Wahai pemimpin PAS…Sedarlah wahai bangsaku……

  6. Alhamdulillah 2 di Selangor telah di matikan. Ini macam cerita P Ramlee 6 Jahanam. Cuma dalam PAS sekarang ni ramai jugak yang jahanam(kump Erdogan). Jadi pemimpin PAS semasa masih ada masa dan waktu ni..burulah beberapa “jahanam” lagi dalam parti..Buatlah macam cerita P Ramlee. Akhirnya dapat kembali isteri yang sebijik dan seiras dengan apa yang telah dinodai dan dibunuh oleh “jahanam-jahanam” ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s