Teresa fail saman RM30 juta terhadap Chamil, Utusan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memfailkan saman fitnah RM30 juta terhadap penulis, Datuk Chamil Wariya dan Utusan Melayu (M) Berhad kerana menerbitkan cerpen Politik Baru YBJ yang didakwa mempunyai kaitan dengan dirinya.

Teresa mendakwa cerpen tersebut yang diterbitkan dalam Mingguan Malaysia pada 12 Oktober lalu secara jelas merujuk kepada dirinya dan bukan sekadar kebetulan.

Beliau juga mendakwa, keseluruhan jalan cerita cerpen yang ditulis oleh Chamil itu seolah-olah menggambarkan dirinya secara jelas dan bukan digambarkan secara tidak sengaja.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan S. N. Nair & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Teresa, 44, selaku plaintif menamakan Chamil iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) defendan pertama dan Utusan Melayu defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, cerpen tersebut merupakan satu fitnah yang jelas terhadap dirinya dan dalam maksud semulajadi memperlihatkan dirinya seorang yang bersifat perkauman dan ahli politik yang jahat.

Cerpen itu juga didakwa diterbitkan dengan niat memperkecilkan beliau secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Selain itu, beliau mendakwa, tindakan kedua-dua defendan adalah dilakukan dengan niat jahat untuk menghasut kebencian umum terhadap dirinya.

Di samping itu, cerpen tersebut didakwa telah diterbitkan semula dan disebarkan secara meluas dalam Malaysia serta seluruh dunia melalui perkhidmatan dalam talian menerusi Internet pihak defendan.

Beliau mendakwa, kesan daripada penerbitan semula cerpen itu, reputasi beliau sebagai penjawat awam telah terjejas sehingga menyebabkannya menjadi skandal umum dan menerima kebencian masyarakat.

Plaintif seterusnya menyatakan, peguam caranya telah mengemukakan surat tuntutan bertarikh 15 September lalu untuk menuntut defendan menarik balik cerpen itu, meminta maaf dan ganti rugi tetapi pihak defendan enggan berbuat demikian.

Dengan itu, beliau menuntut ganti rugi pampasan RM30 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah, kos dan lain-lain relif.

Turut dituntut Teresa ialah perintah injunksi menghalang pihak defendan sama ada melalui diri mereka sendiri, ejen atau pekerja mereka daripada mengungkap, bercakap atau menerbitkan cerpen tersebut.

http://www.utusan.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s