Umno membisu siapa calon BN

Muda Mohd Noor | Dec 12, 08 5:56pm
dikemaskini Pemimpin Umno Terengganu membisu mengenai calon pilihan mereka untuk mewakili Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, Januari depan.

Sebaliknya mereka berkata, “tunggulah pengumuman yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti itu.”

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dijangka mengumumkan nama calon itu di satu majlis di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pagi esok.

Setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosli Mat Hassan berkata, beliau “tidak tahu” nama calon tersebut.

“Setahu saya hanya satu nama sahaja yang dihantar oleh Umno bahagian Kuala Terengganu kepada Umno negeri.

“Tetapi saya tidak tahu. (Nama) itu kena tanya Datuk Ahmad Said (menteri besar Terengganu),” katanya.

Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh disebut-sebut sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil itu.

Timbalan ketua bahagian Mohd Sabri Alwi, ketua penerangan Umno negeri Datuk Zuber Embong, bendahari Umno negeri Datuk Roslan Awang Chik dan pegawai jabatan pelajaran negeri Mohd Zuber Embong turut dispekulasi.

PAS pula dijangka akan mengumumkan calonnya pada 21 Disember ini.

Kerusi itu kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail akhir tahun lalu.

Hari penamaan calon ditetapkan 6 Januari dan pengundiannya pada 17 Januari.

http://www.malaysiakini.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s