Abdullah syukur Rang Undang-undang SPRM lulus

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersyukur Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

“Alhamdulillah,” katanya dalam satu taklimat bersama editor di Bangunan Parlimen di sini.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan rang undang-undang itu dengan pindaan kecil pada Fasal 36(1)(b), bagi meminda perkataan Pendakwa Raya kepada Pegawai Pesuruhjaya.

Abdullah berkata pelaksanaan SPRM itu merupakan hasratnya untuk menunaikan janji yang terkandung dalam manisfesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2004.

Beliau berharap SPRM akan berfungsi dengan lebih berkesan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana bilangan anggotanya akan melebihi 5,000 orang selain mereka akan diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah.

Gaji yang lebih menarik akan ditawarkan bagi menarik orang yang berwibawa dan berkebolehan untuk menjalankan tugas di bawah SPRM, kata Abdullah. BERNAMA

http://www1.mstar.com.my/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s