Presiden Reformis rasmi dipecat

Jimadie Shah Othman | Dec 18, 08 4:07pm
kemaskini 8:05pm Majoriti exco Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) – popular dengan ugutan untuk berdemonstrasi bogel – telah menggugurkan presiden penajanya Ramlan Abu Bakar.

Timbalan presiden Badrul Hisham Mohd Hanafiah memberitahu Malaysiakini, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas lapan orang exco semalam.

ramlan abu bakarSurat rasmi mereka kepada Ramlan dikirim melalui pos tengah hari ini.

Badrul Hisham menambah, mesyuarat itu juga memutuskan untuk melantiknya sebagai pemangku Reformis sehingga suatu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Mereka juga memutuskan melarang Ramlan menggunakan nama organisasi tersebut dalam segala kegiatannya dan kenyataan kepada media.

“Tetapi kalau beliau hendak mengeluarkan kenyataan secara peribadi, kita tidak boleh halang,” tambah Badrul Hisham.

Badrul Hisham juga berkata, Reformis kini beralih arah menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengekalkan kadar sewa unit di kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) sebanyak RM124 sebulan bagi keluarga yang berpendapatan bawah RM1,500 sebulan.

Reformis sebelum ini mengugut mengadakan demonstrasi berbogel sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa kepada RM250 sebulan.

Diminta mengulas dakwaan Ramlan semalam yang berkata Reformis merupakan “jenama” asalnya, Badrul Hisham berkata, sumbangan Ramlan dalam bentuk modal di peringkat awal penubuhan NGO itu memang diakui.

Bagaimanapun, tambahnya, Ramlan “lari daripada konsep Reformis secara keseluruhannya” yang menyebabkan beliau terpaksa dipinggirkan.

http://www.malaysiakini.com/news/95084

2 responses to “Presiden Reformis rasmi dipecat

  1. salam perjuangan BPN…..
    teruskan menentang Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim…..
    Ahli BPN…
    http://www.pmukmkl0708.blogspot.com
    http://www.sedarlahbangsaku1986.blogspot.com

  2. jelas lagi bersuluh…mereka takutkan Anwar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s