Pas akan tetap laksana hudud jika memerintah negara – Husam

21/12/2008 11:40am

KOTA BHARU 21 Dis. — Pas akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengulangi janji parti itu setelah dicabar oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin Pas selepas pilihan raya umum Mac lalu.

“Kita akan buat,” katanya pada wacana perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam di sini malam tadi.

Selain Husam dan Khairy, anggota panel wacana itu termasuk Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan dipengerusikan pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohammad Agus Yusoff .

Husam bagaimanapun menegaskan tugas untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak seharusnya dipikul oleh parti PAS sahaja kerana tanggungjawab itu harus dipikul oleh semua orang Islam terutamanya pemimpin.

Dr. Abdul Aziz pula berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika kerajaan negeri tidak mampu melaksanakannya.

“Kerana undang-undang jenayah itu terletak di dalam bidang kuasa kerajaan pusat dan bukan di dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

“Jika kerajaan negeri Kelantan tidak mampu melaksanakan hudud maka kerajaan pusat harus melaksanakannya,” katanya.

– Bernama

http://www.utusan.com.my/

One response to “Pas akan tetap laksana hudud jika memerintah negara – Husam

  1. 1malaysia duit d utamakn rakyat apa umno peduli…hidup najis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s