DAP bantah rancangan Pas laksana hudud

22/12/2008 3:25pm

PULAU PINANG 22 Dis. – DAP hari ini membantah cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

“DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang akan menghubungi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Akhbar hari ini melaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud. – BERNAMA.

http://www.utusan.com.my/

Advertisements

4 responses to “DAP bantah rancangan Pas laksana hudud

  1. Memang banyak kekilruan dan salah faham dalam pakatan rakyat…
    dasar perjuangan berbeza macamana nk kongsi kuasa…….
    PKR aljuburi tak cakap apa2 plak….duk bising2 nape tiba2 senyap….
    Putih muka husam musa masa debat tuh….Skang putih plak mata….Padan muka…Erdogan Team konon…..

    Salam perjuangan sahabat…..

  2. Tido sebantal mimpi berbeza²..

  3. Inilah wajah pakatan rakyat yang saling berpakat untuk menundukkan hukum Allah dan umat Melayu/Islam di muka bumi ini. Mereka redha dengan kafir laknatullah dan menjadikannya sebagai idola (Umar Abd. Aziz) yang pada hakikatnya golangan kafir ini adalah sentiasa bersatu menentang Islam dan umat Islam. Mustahil mereka ini tidak tahu atau dikelirukan oleh UMNO dalam hal hudud. Dunia sekarang adalah dunia informasi, bukan Islam juga boleh score subjek Tamadun Islam. Tetapi oleh kerana hati mereka ini busuk, biar pijak Islam asalkan UMNO dijatuhkan.

  4. Pingback: DAP bantah rancangan Pas laksana hudud - apa jawab orang PAS ? « Pedang Alif Ba Ta

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s