Wan Ahmad Farid dijangka letak jawatan timbalan menteri dan Senator sehari sebelum penamaan calon

21/12/2008 11:38am

KUALA TERENGGANU 21 Dis. — Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan meletak jawatan dalam kerajaan yang dipegangnya sebelum tarikh penamaan calon pada 6 Januari depan.

“Saya akan terus menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri, sekali gus (sebagai) Senator sehingga 5 haribulan (Januari). Selebihnya, saya akan umum kemudian,” katanya ketika ditemui Bernama.

Wan Ahmad Farid berkata beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Januari depan untuk penamaan calon manakala 17 Jan ditetapkan untuk pengundian.

Pemilihan Wan Ahmad Farid, 46, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu sebagai calon BN diumumkan petang semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

– Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s