Isu hudud, qisas: Khairy bidas Husam

TEMERLOH 25 Dis. – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berhubung pendirian yang tidak konsisten dalam melaksanakan hudud dan qisas jika pakatan pembangkang memerintah.

Menurut Khairy, ketika berdialog di hadapan lebih 3,000 penyokong Pas di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Sabtu lalu, Husam menjelaskan parti itu tetap akan menegakkan pemerintahan Islam tanpa apa-apa syarat termasuk melaksanakan hukum hudud.

Namun katanya, pendirian Naib Presiden Pas itu berubah apabila mendapat bantahan keras daripada rakan dalam pakatan pembangkang yang menolak sebarang bentuk pemerintahan Islam di negara ini.

”Nada Husam mula berubah di mana beliau mendakwa Pas hanya akan melaksanakan pemerintahan Islam termasuk hukum hudud setelah mendapat persetujuan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

”Saya tidak faham pendirian sebenar Husam dan Pas yang mudah berubah semata-mata untuk menjaga hati dan terdesak dengan bantahan yang diterima daripada pakatan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh di sini hari ini.

Menurut Khairy, percanggahan pendapat yang serius dalam pakatan pembangkang berkaitan isu itu membuktikan gabungan mereka amat rapuh kerana berlainan prinsip dan ideologi.

”Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membantah keras cadangan itu dan menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu,” katanya.

Pada sesi dialog itu Husam menegaskan bahawa Pas akan melaksanakan hudud dan qisas jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan di negara ini.

Namun selepas dikritik oleh DAP yang menentang hasrat Pas itu, Husam kemudian mengatakan hudud dan qisas akan dilaksanakan dengan persetujuan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Khairy dalam pada itu berkata, Pas sejak dulu lagi gemar mengeksploitasi isu-isu agama seperti pelaksanaan hukum hudud dan qisas sebagai slogan politik untuk menarik sokongan rakyat terutama menjelang pilihan raya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pemuda UMNO tetap akan menentang sebarang usaha kerajaan untuk menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) seperti yang dinyatakan syarikat konglomerat Sime Darby menerusi pemilikan saham sebanyak 51 peratus.

Beliau berpendapat, penswastaan IJN hanya akan menyusahkan rakyat berpendapatan rendah dan kakitangan kerajaan yang terpaksa berbelanja besar jika mendapat rawatan di IJN.

”Bantahan pelbagai lapisan rakyat seperti orang kampung, tokoh pendidik, aktivis masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuktikan mereka menolak untuk menswastakan IJN,” katanya.

Khairy menambah, IJN yang telah mencipta rekod perkhidmatan terbaik dan diiktiraf dunia perlu mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Mengenai persiapan menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, beliau menjelaskan, Pergerakan Pemuda UMNO sudah bersedia menggerakkan jentera menjelang penamaan calon pada 6 Januari hingga hari mengundi pada 17 Januari depan.

”Barisan Nasional (BN) berpotensi besar mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kerana calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh amat berwibawa dan dikenali oleh masyarakat di kawasan itu,” katanya.

http://www.utusan.com.my/

One response to “Isu hudud, qisas: Khairy bidas Husam

  1. ANA HARAP ANTA TOLONG KOMEN SIKIT,KOMENTAR YANG ANA COPY PASTE INI………….. bungaraya said…
    Selepas habisnya pemerintahan Khalifah Al-Rasihidin yang empat, timbul pemerintahan Abbasiyah dan Umayiah dan seterusnya, dan sejak Bani Abbasiyyah menerajui pemerintahan islam lagi para ulamak tidak lagi berada ditampuk pemerintahan negara islam. Islam berkembang hingga ke barat dan Asia dan Gebenaornya terdiri dari pejuang-pejuang islam yang bukan ulamak. Namun islam terus berkembang. Ramai ahli ilmuan yang bukan sahaja mahir dalam pentafsiran Al Quran dan Hadith dan Usuluddin dan Syariah dan hukum hakam islam yang bercambah, malah ahli kajibintang, ahli geogharaphy, ahli mathematik dan sebagainya yang dianggap oleh sebilangan ortodok islam sebagai sekular. Negara Turkey juga ramai yang mempertikaikan islamiknya apabila Othman Antartuk menjadi pemerintah negara tersebut. Tapi ramai juga yang menganggap sampai kini itulah sahaja negara terbesar islam dikawasan sebbelah eropah.
    Sehingga kini berapa banyak negara islam didunia ini yang mengamalkan / melaksanakan hukum hudud? Kafirkah mereka jika tidak melaksanakan hukum tersebut.
    Saya duduk dalam sebuah negera islam seperti Malaysia. Saya kata saya seorang penganut islam sejati. Sembahyang lima waktu sehari, saya juga kadang-kdang bangun waktu malam dan membuat sunat tahajud, kadang terus sampai kepagi membuat kial mulail. Saya melaksanakan arahan puasa bulan ramadahan, saya melaksanakan zakat dan saya seorang haji. Kadang jemahan islam kampong saya memanggil saya untuk membaca doa tahlil. Negara saya tidak mengamalkan hukum hudud. Bagi pihak saya secara ain saya telah membuat suruhan Allah dan meninggalkan larangan nya. Insyallah saya akan diterima sebagai salah seorang yang beriman dan termasuk orang-orang yang salleh. Mungkin kah saya bersalah kerana tidak marah kepada kerajaan?. Aatau mungkin salah berdosa kerana tidak memaki dan menuduh kerajaan munafiq sepertyi Bro dan kifli?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s