Karpal minta Anwar jelaskan pendirian mengenai hudud

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh berkata ketua umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan pendirian parti itu mengenai hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS jika pembangkang memerintah negara ini.

Katanya Anwar tidak boleh berdiam diri terhadap kata putus Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa hukum itu akan tetap dilaksanakan di negara ini.

“PAS akan rugi jika ia berkeras untuk melaksanakan hukum hudud kerana DAP akan menentangnya,” kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata PAS tidak boleh mengetepikan keputusan sebulat suara Mahkamah Agung pada 1988 bahawa malaysia bukannya sebuah negara Islam. BERNAMA

http://www1.mstar.com.my/

One response to “Karpal minta Anwar jelaskan pendirian mengenai hudud

  1. leh masuk tak blog ana..huhuhuh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s